Dianggarkan kira-kira 2,000 penunggang motosikal mengerumuni sebuah stesen minyak di Tikam Batu dekat sini, seawal jam 6 pagi ini, selepas Projek Sedekah Jariah pemberian minyak petrol percuma diviralkan di laman sosial sejak semalam.
Projek berkenaan yang dikendalikan bekas Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda, Abd Ghani Haron, 60, atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Ghani, kali pertama dilakukan selepas kenaikan harga minyak petrol bermula awal bulan ini.
Abd Ghani berkata sebaik sahaja dia tiba di stesen minyak terbabit kira-kira pukul 6.15 pagi, sudah banyak motosikal yang berbaris, walaupun dimaklumkan program akan dijalankan dari pukul 6.30 pagi sehingga 10 pagi.
"Projek sedekah jariah sudah banyak dilaksanakan namun pemberian minyak petrol percuma untuk motosikal berkuasa antara 100cc ke 150cc ini, julung kalinya dibuat untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah susulan kenaikan harga minyak.
"Projek hari ini berjalan lancar, ramai penduduk tanpa mengira kaum, agama dan bangsa, sambutan hari ini membuatkan saya berhasrat menjadikannya sebagai program bulanan," katanya kepada Bernama.
Abd Ghani berkata bagi memastikan usahanya sampai kepada kumpulan sasar, lokasi pada masa depan akan tertumpu ke kawasan kampung.
"Dana yang dibelanjakan untuk program hari ini sebanyak RM5,913 dan saya bercadang menambah sehingga RM10,000 untuk projek sedekah jariah bulan depan.
"Dari segi dana, saya mendapat sokongan kuat daripada kenalan menerusi media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp, dan mengalu-alukan jika ada yang mahu menyumbang," katanya.
Bergelar pendidik selama 29 tahun, Abd Ghani berkata, usaha yang dimulakannya itu diharap akan memberi semangat dan galakan untuk individu lain turut sama membantu sambil beramal.
"Kita ada teknologi, kenapa tidak digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan, sedekah secara berjemaah lebih besar impaknya dan sesiapa yang mahu menghulurkan sumbangan boleh masukkan ke dalam akaun Maybank 5574 1051 5106," katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Nov 04 2016
Stesen Minyak Shell Tikam Batu dekat sini, dibanjiri kira-kira 2,000 penunggang motosikal untuk mengisi minyak percuma yang disumbangkan menerusi Projek Sedekah Jariah kendalian seorang pesara Abd Ghani Haron. - Foto Bernama
Mahkamah Tinggi tolak permohonan Tengku Zafrul fail afidavit
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, untuk kebenaran memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
PM yakin kenaikan gaji lulus bergaya di Parlimen
Perdana Menteri turut membidas pihak terbabit sebagai 'haprak' dan tidak boleh diterima kerana mengkritik usaha kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam selepas 12 tahun ia tidak dilaksanakan.
Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36
Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guandong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang.
Columbia umum putus hubungan diplomatik dengan Israel
Presiden Columbia, Gustavo Petro mengumumkan kerajaannya akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel berkuatkuasa Khamis. Ia susulan kezaliman berterusan rejim Zionis ke atas warga Gaza.
Negeri Sembilan selaras kenaikan gaji ikut Persekutuan - MB
Kerajaan Negeri Sembilan akan turut melaksanakan penyelarasan kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu sepertimana dilakukan di peringkat Persekutuan.
Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.
Gempa bumi berkembar gegar Bandung
Dua gempa bumi menggegarkan Bandung, Jawa Barat pada Rabu menjejaskan tiga keluarga dan menyebabkan tiga rumah rosak selain dua masjid, tiga sekolah serta sebuah pusat kesihatan.
18 kecederaan, parut pada Bella bukan rekaan saksi - Hakim
Hakim berkata, perkara itu dibuktikan oleh saksi-saksi perubatan bahawa kecederaan dialami Bella, bukan kemalangan atau perbuatan mangsa sendiri.
Letusan terakhir 22 tahun lalu
Semua penduduk dinasihatkan untuk memakai pelitup muka kerana debu dan asap dari letusan gunung berapi mampu mengganggu saluran pernafasan.
UNRWA bimbang berlaku penyebaran penyakit di Gaza
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan wujud kebimbangan penyebaran penyakit akibat serangan tanpa henti rejim Zionis di Gaza.
2,000 penunggang motosikal di Tikam Batu nikmati minyak percuma
Projek berkenaan dikendalikan bekas Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda, Abd Ghani Haron, 60, atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Ghani.