awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk

Bernama
Bernama
02/05/2024
09:30 MYT
Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Anwar berkata pelancong tidak akan menerima sebarang alasan susulan kelewatan yang mengakibatkan mereka menunggu lebih lama dan berharap perkara tersebut dapat ditangani dengan baik. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.
Menyifatkan teguran itu ibarat 'kasih kepada anak' bagi menambah baik perkhidmatan agensi berkenaan dalam menangani isu kesesakan kemasukan pelancong asing ke Malaysia, Anwar berkata pelancong tidak akan menerima sebarang alasan susulan kelewatan yang mengakibatkan mereka menunggu lebih lama dan berharap perkara tersebut dapat ditangani dengan baik.
"Bukan apa, jumlah pelancong naik mendadak, Malaysia menjadi tarikan dan beberapa bulan awal (tahun ini), mencecah peningkatan 80 peratus dan tentunya menjadi tekanan kepada agensi.
"Kadang-kadang kita tegur macam kasih kepada anak, jadi jangan ambil hati, dalam semangat hari raya ini, maaf zahir dan batin, saya harap Imigresen maafkan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan dokumen terima rujukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) dan sambutan Aidilfitri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#jabatan imigresen
#kesesakan
#lapangan terbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan