Sejumlah 2,693 pegawai dan anggota polis serta kakitangan awam akan bertugas pada hari penamaan calon di seluruh Kuala Lumpur pada Sabtu ini bagi memastikan proses itu berjalan lancar.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, daripada jumlah itu, 361 terdiri daripada pegawai, 2,303 (anggota) dan 29 (kakitangan awam).
Menurutnya, kesemua petugas itu akan mengawal di enam daerah iaitu Sentul, Wangsa Maju, Brickfields, Dang Wangi, Cheras dan Putrajaya berdasarkan 12 parlimen yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Kita lihat ada beberapa tempat la yang kita rasa menjadi lokasi panas. Bagaimanapun, saya yakin dengan penugasan anggota polis, kita dapat mengawal keadaan.
"Polis Kuala Lumpur mahu memastikan semua tempat selamat. Saya nasihatkan pemimpin dan penyokong mematuhi arahan pihak polis," katanya.
Beliau berkata demikian selepas sambutan Hari Ulang Tahun Kor Kadet Polis Ke-48 kontinjen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur hari ini.
Astro Awani
Thu Apr 26 2018
MAZLAN yakin dengan penugasan anggota polis, kita dapat mengawal keadaan.
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
Tak tinggal sebumbung, Nora Danish akui rumah tangga bergolak
Nora mengakui rumah tangga yang dibina tujuh tahun lalu goyah, namun mereka berdua sedang berusaha untuk menangani kemelut tersebut.
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isteri ziarah suami bertugas di SJR dikenakan kompaun RM2,000
Isteri anggota polis yang menziarahi suaminya yang sedang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya pada Hari Raya pertama dikenakan kompaun RM2,000.
20 pegawai imigresen positif COVID-19
Hampir 3,500 pegawai imigresen menjalani ujian saringan COVID-19 sehingga 25 Nov lepas, dengan 3,000 daripadanya telah dikuarantin dan 20 orang lagi dirawat kerana didapati positif wabak itu.
Di sebalik spekulasi, menteri masih bertugas seperti biasa
Di sebalik spekulasi pertukaran pakatan dan kekecohan yang berlaku, terdapat ketenangan di pagi Isnin.
Ayah keluar awal dari biasa, bertugas iring kertas SPM - anak anggota polis
Khairul Nizam Roslan, anak kedua Allahyarham Sarjan Mejar Roslan Maon, berkata ketika itu baru sahaja 4 pagi menyebabkan dia hairan mengapa ayahnya bersiap terlalu awal untuk pergi bekerja.
2,693 kakitangan Polis KL bertugas pada hari penamaan calon Sabtu ini
Sejumlah 2,693 pegawai dan anggota polis serta kakitangan awam akan bertugas pada hari penamaan calon di seluruh Kuala Lumpur pada Sabtu ini bagi memastikan proses itu berjalan lancar.