NATIONAL
2 juta penerima Sinovac bakal hilang status, ini pesan KJ jika nak masuk Singapura!

Kata Khairy, dianggarkan dua juta penerima vaksin jenis Sinovac yang tidak mengambil dos penggalak akan hilang status lengkap vaksinasi pada 1 April ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dianggarkan dua juta penerima vaksin jenis Sinovac yang tidak mengambil dos penggalak akan hilang status lengkap vaksinasi mereka pada 1 April ini.
Justeru, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata penerima Sinovac yang belum menerima dos penggalak tidak akan dianggap sebagai vaksin penuh jika mereka berhasrat mengunjungi Singapura kelak.
“Bagi mereka menerima Sinovac, kita dapati bahawa 2.09 juta tidak menerima dos penggalak.
“Mengikut unjuran kita untuk seminggu lagi, Kementerian Kesihatan (KKM) unjurkan mungkin ada dua juta penerima vaksin Sinovac yang berisiko untuk hilang status lengkap pada 1 April.
"Saya bincang dengan Menteri Kesihatan Singapura, mereka juga pertimbangkan penerima vaksin Sinovac (berstatus) lengkap ialah tiga dos," kata Khairy dalam sidang media di Parlimen pada Khamis.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami