KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan protokol am bagi pengembara umum yang akan memasuki Malaysia pada 1 April ini.

Ia melibatkan kategori sebelum berlepas, semasa ketibaan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) serta selepas memasuki Malaysia dalam tempoh 24 jam.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata antara yang ditetapkan ialah kanak-kanak berumur bawah enam tahun (mengikut tahun kelahiran) tidak perlu menjalani ujian pra pelepasan dan ujian semasa ketibaan.

Beliau dalam masa yang sama turut memaklumkan pemansuhan prosedur bagi pengembara bermula tempoh tersebut.

Ia melibatkan pemansuhan senarai 18 negara berisiko tinggi, pemakaian Peranti Pengesanan Digital (Digital Tracker), serta permohonan kuarantin di rumah.

Selain itu turut dimansuhkan adalah prosedur pengembara melalui program OSC, gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi, kaunter ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR oleh KKM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan MyTravelPass

Berikut protokol am tersebut:


A. Sebelum Berlepas:

i. Pengembara dikehendaki memuat turun, mendaftar dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera;

ii. Pengembara dikehendaki melengkapkan deklarasi perjalanan termasuk maklumat vaksinasi yang boleh diakses melalui ikon Traveller dalam MySejahtera;

iii. Melaporkan dan muatnaik keputusan Ujian RT-PCR yang telah dilakukan dua hari sebelum berlepas.

iv. Manakala bagi pengembara yang pernah dijangkiti dalam tempoh enam hingga 60 hari, mereka perlu melaporkan dan muatnaik keputusan RTK Antigen Profesional yang telah dilakukan 2 hari sebelum
berlepas.

v. Bagi pengembara bukan warganegara, mereka juga dikehendaki untuk:

vi. Dengan penghantaran maklumat di atas, pengembara akan mendapat paparan berikut dalam aplikasi MySejahtera:-

vii. Bagi pengembara yang tiada paparan kad pengembara atau arahan HSO, mereka tidak dibenarkan meneruskan perjalanan


B. Semasa Ketibaan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA)

i. Pengembara akan melalui saringan demam dengan imbasan thermal scanner atau rujukan kendiri kepada petugas kesihatan sekiranya bergejala untuk pemeriksaan lanjut di kaunter kesihatan di PMA.

ii. Pengembara yang tidak bergejala akan meneruskan perjalanan ke kaunter Imigresen untuk semakan lanjut.


C. Selepas memasuki Malaysia dalam tempoh 24 jam

i. Pengembara dikehendaki menjalani ujian RTK-Ag professional sama ada di fasiliti kesihatan swasta di PMA atau di luar PMA dalam tempoh 24 jam.

ii. Keputusan ujian RTK-Ag akan diperolehi dalam aplikasi MySejahtera. Sekiranya keputusan ujian RTK-Ag profesional positif:
iii. Sekiranya keputusan ujian RTK Antigen profesional negatif:

Sekiranya ujian sampel kedua COVID-19 didapati positif, mereka akan diberikan perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO) selama lima hari dari tarikh sampel kedua diambil. Sementara sekiranya keputusan COVID-19 negatif, mereka akan dilepaskan dari HSO.

Malaysia terima pengembara walaupun vaksin tak tersenarai dalam WHO