awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 lelaki Thailand ditahan salah guna surat sokongan Ketua Polis Perak untuk kutip derma

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
07/08/2023
07:41 MYT
2 lelaki Thailand ditahan salah guna surat sokongan Ketua Polis Perak untuk kutip derma
Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dua lelaki masing-masing berusia 17 tahun itu ditahan ketika menjalankan aktiviti berkenaan di hadapan sebuah bank pada jam 4.30 petang. - Gambar fail
IPOH: Polis menahan dua lelaki warga Thailand selepas menyalahgunakan surat sokongan daripada Ketua Polis Negeri Perak bagi menjalankan aktiviti meminta sedekah tanpa kebenaran di Gopeng, pada Ahad.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dua lelaki masing-masing berusia 17 tahun itu ditahan ketika menjalankan aktiviti berkenaan di hadapan sebuah bank pada jam 4.30 petang.
Katanya mereka didapati telah menyalahgunakan surat sokongan yang ditandatangani beliau dengan melekatkan surat berkenaan pada tabung untuk mengutip derma di kawasan tersebut.
Beliau menjelaskan, surat yang ditandatanganinya itu hanya menyokong kegiatan atau program yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (MGO) , bukan untuk mengutip derma.
“Salah seorang dari suspek didapati memiliki pas lawatan yang telah tamat tempoh. Hasil soal siasat yang dijalankan mendapati kedua-dua suspek telah memasuki negara Malaysia dengan menggunakan pas lawatan dan menjadi sukarelawan bagi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang beralamat di Taman Ipoh,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Justeru katanya, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 3 (3) Akta Pungutan Derma Rumah Ke Rumah dan Jalan 1947 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/ 1963.
“Pihak polis mengingatkan kepada orang ramai agar tidak sesekali menyalahgunakan kebenaran yang diberikan bagi tujuan yang tidak sah di sisi undang-undang.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berkenaan kes ini boleh menghubungi pihak polis di balai polis berhampiran (bagi membantu siasatan),” tambah Mohd Yusri.
Topic Berkaitan
#kutip derma
#warga asing
#Ketua Polis Perak
#lelaki Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan