awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 pengajar pusat latihan memandu maut tersepit, kereta bertembung lori

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/04/2023
10:01 MYT
2 pengajar pusat latihan memandu maut tersepit, kereta bertembung lori
Akibat impak pelanggaran kuat, kereta dinaiki mangsa terbabas masuk ke dalam longkang di tepi jalan arah ke Kupang. - Gambar/ PDRM
BALING: Dua pengajar pusat latihan memandu maut tersepit selepas kereta mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Baru Baling-Kupang, pada Ahad.
Muhammad Hanis Fahmi Abu Bakar, 23, dan rakannya Muhamad Firdaus Rosli, 36, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 1.02 tengah hari.
“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati lori jenis Isuzu dinaiki tiga lelaki sedang bergerak dari arah Charok Nau menghala ke Kuala Ketil.
“Apabila sampai di tempat kejadian, terdapat sebuah kereta jenis Produa Viva datang dari arah bertentangan telah hilang kawalan lalu berpusing dan merempuh bahagian hadapan lori.
“Akibat impak pelanggaran kuat, kereta itu terbabas masuk ke dalam longkang di tepi jalan arah ke Kupang,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.
Katanya, kelindan lori mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut.
Mayat mangsa kedua-dua mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Baling
#pemandu tersepit
#pengajar sekolah memandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan