awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 rakan didakwa samun RM242,222 dengan guna pisau pemotong kertas

Bernama
Bernama
08/04/2024
09:30 MYT
2 rakan didakwa samun RM242,222 dengan guna pisau pemotong kertas
C. Sureshkumar, 33, dan N. Siralan, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dua rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menyamun seorang lelaki, wang tunai pelbagai mata wang bernilai RM242,422 dengan menggunakan sebilah pisau pemotong kertas Isnin lepas.
C. Sureshkumar, 33, dan N. Siralan, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi.
Mereka didakwa melakukan samun berkumpulan dengan menggunakan sebilah pisau pemotong kertas terhadap J. Melvin Dass, 36, dengan merampas beg galas syarikatnya yang mengandungi wang tunai di sebuah pejabat di kawasan Brickfields pada 11.30 pagi 1 April lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Illya Syaheedah Mohd Razif mencadangkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dikenakan bagi setiap tertuduh, namun peguam Calvin Lim Sin Guan yang mewakili Sureshkumar dan peguam Charanpal Singh yang mewakili Siralan merayu jaminan minimum kerana kedua-dua tertuduh mempunyai tanggungan keluarga.
Mahkamah kemudiannya membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 27 Mei ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes mahkamah
#kes samun
#pisau pemotong kertas
#samun berkumpulan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan