Kadar kematian akibat denggi di negeri ini menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan 20 kematian direkodkan berbanding 15 kematian, bagi tempoh sama, tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata mengikut perangkaan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor, sebanyak 5,107 kes demam denggi dilaporkan di negeri ini sejak Januari hingga 27 Jun berbanding 5,142 kes, bagi tempoh sama tahun lepas.
"Berbanding kes demam denggi bagi tempoh sama tahun lepas iaitu 5,142 kes, penurunan ini (kepada 5,107 kes) tidak signifikan.
"Malahan terdapat peningkatan dalam kematian akibat denggi yang ketara dengan sebanyak 20 kematian dilaporkan pada 2020 berbanding 15 kematian pada tempoh sama tahun 2019," katanya berhubung laporan situasi semasa demam denggi di negeri ini, menerusi kenyataan hari ini.
Vidyananthan berkata sebanyak 34 lokaliti wabak baharu dilaporkan pada minggu epid 26 yang menjadikan jumlah wabak aktif semasa sebanyak 91 lokaliti.
Beliau berkata Johor Bahru mencatatkan daerah paling tinggi kes denggi dengan 80.2 peratus, diikuti Kulai (3.9 peratus), Kluang (3.7 peratus), Segamat (3.3 peratus), Batu Pahat (2.4 peratus), Mersing (2.1 peratus), Kota Tinggi (1.4 peratus), Muar (1.1 peratus), Pontian (0.9 peratus) serta Tangkak (0.9 peratus).
Katanya faktor penyumbang utama demam denggi di negeri ini adalah pengabaian aspek kebersihan persekitaran khususnya tabiat pembuangan sampah yang tidak teratur dan sempurna, sekali gus menyumbang bekas-bekas berpotensi membiak nyamuk aedes.
Sehubungan itu, Vidyananthan berkata masyarakat perlu sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekeliling rumah dan segera menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di luar atau di dalam rumah dengan memastikan tiada tempat takungan yang boleh menjadi tempat pembiakan aedes.
"Masyarakat juga perlu turut serta dalam usaha pemusnahan aedes melalui program komuniti yang merupakan sebahagian daripada Kempen Perangi Denggi Johor. Jangan lupa, sekiranya mengalami demam, segeralah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran. Sebarang kelewatan boleh membawa maut," katanya.
Vidyananthan berkata pada masa sama, Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga berharap orang ramai sentiasa mendapatkan maklumat yang tepat daripada sumber yang boleh dipercayai sebelum menularkan sesuatu informasi berhubung denggi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 03 2020
Sebanyak 34 lokaliti wabak baharu dilaporkan pada minggu epid 26 yang menjadikan jumlah wabak aktif semasa sebanyak 91 lokaliti. - Gambar hiasan
20 ekor anjing terperangkap akibat banjir
Kira-kira 20 ekor anjing terperangkap dalam sebuah bangunan di negeri paling selatan Brazil di Rio Grande do Sul, mendorong sukarelawan penyelamat untuk menyertai menyelamatkan mereka pada Rabu.
Siasatan: Keluarga Faisal serah sepenuhnya kepada polis
Bapanya, Abdul Halim Saad, 60, berkata mereka sekeluarga reda dengan kejadian yang menimpa anak keempat daripada lima beradik itu dan menganggap ia sebagai ketentuan tuhan.
Kelantan beri bantuan RM300,000 kepada Tabung Haji negeri
Kerajaan Kelantan memberikan bantuan sebanyak RM300,000 kepada pengurusan Tabung Haji (TH) negeri bagi melancarkan proses perjalanan seramai 2,360 jemaah haji di negeri itu.
TH sentiasa ingatkan jemaah patuhi peraturan baharu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ia termasuk yang terbaharu iaitu penguatkuasaan penalti sebanyak 10,000 Riyal bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji seperti memasuki tujuh kawasan tanpa permit haji di negara itu
Kumpulan pertama 284 jemaah haji berlepas ke tanah suci tengah malam tadi
Penerbangan Malaysia Airlines MH8050 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 ke Madinah itu berlepas pada 12.05 tengah malam dan dijangka tiba di Lapangan Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 3.50 pagi waktu tempatan.
[TERKINI] JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kecewa dengan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih pada hari Jumaat.
E-Mutiara mohon pertambahan bas MRD di Kelantan
Syarikat bas E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) memohon Kementerian Pengangkutan untuk menambah bilangan bas mini Mutiara Rentas Desa (MRD) yang kini menjadi pengangkutan awam pilihan rakyat Kelantan.
Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat berdepan detik cemas
Dua rakyat Malaysia antara empat individu yang cedera dalam satu letupan bom di Narathiwat, yang berlaku pada 9.35 malam.
JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
JDT harap Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini.
Kerajaan Kelantan salur RM300,000 untuk jemaah haji
Bantuan disalurkan menerusi Tabung Haji untuk membantu melancarkan urusan jemaah bagi Musim Haji 1445H/2024M.
Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.
Kes denggi meningkat pada minggu kelima 2024, tiada kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi kumulatif yang dilaporkan hingga ME05 ialah sebanyak 18,427 kes berbanding 11,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan
Individu yang gagal patuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.
Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan
Kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 265.9 peratus
Rumaizi berkata, peningkatan itu adalah sebanyak 265.9 peratus berbanding dengan 129 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
1,877 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi 16
Sebanyak 1,877 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 16 iaitu dari 16 hingga 22 April, penurunan 522 kes atau 21.8 peratus berbanding 2,399 kes pada minggu sebelumnya.
Selangor catat 31,822 kes demam denggi sejak Januari - Pengarah Kesihatan
Berlaku peningkatan kes sebanyak 131.5% melibatkan 18,077 kes berbanding minggu epidemiologi (ME) sama tahun lepas iaitu sebanyak 13,745 kes.
Kes demam denggi di Sabah meningkat tiga kali ganda
Sebanyak 4,812 kes direkodkan setakat minggu ke-42 tahun ini berbanding hanya 1,336 kes dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 150 peratus - Datuk Bandar
Kes demam denggi mencatatkan peningkatan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), yang didorong dengan musim hujan berterusan sejak awal bulan Mei lalu.