SHAH ALAM: Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) yang terdiri daripada 20 Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam Malaysia menyokong pendirian Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk kekal berpegang kepada Akta UiTM 1976 (Akta 173) dan Perkara153 Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, JKNCR UA menyelar tindakan pihak yang sengaja membangkitkan isu kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke UiTM dengan melabel institusi pengajian tinggi (IPT) itu sebagai ‘akademi aparteid’.
Pengerusinya, Profesor Datuk Dr Ekhwan Toriman berkata, kenyataan tersebut jelas menunjukkan kejahilan pihak berkenaan terhadap Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan tentang kedudukan serta hak Bumiputera di Malaysia.
"Dakwaan ini turut mencerminkan kedangkalan serta sifat berat sebelah penulis yang secara tidak langsung, hanya merujuk istilah Bumiputera kepada kaum Melayu semata-mata.
"Sedangkan kaum Bumiputera di negara ini meliputi seluruh masyarakat peribumi Malaysia, termasuklah 'orang Melayu dan semua anak negeri dari mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak' (Perlembagaan Persekutuan, Perkara 153: 163)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ekhwan menambah, seperti mana undang-undang negara yang tidak sesekali diwartakan sebagai bahan gurauan, Perlembagaan Persekutuan juga tidak dibentuk untuk dijadikan bahan sanggahan.
Justeru, seisi pasukan JKNCR UA menyokong kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang menggesa semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bersifat perkauman yang boleh mengucar-ngacirkan polisi serta objektif asal penubuhan UiTM.
"Kami juga ingin menggesa para penulis di luar sana agar lebih beradab dan berhemah dalam menyampaikan berita,demi keamanan bersama.
"Kita boleh menerima teguran serta pandangan yang membina, tetapi biarlah berdasarkan fakta. Kebebasan bersuara tidak seharusnya disalah guna sehingga mengabaikan adab dan adat selama ini kita pertahankan.
Ilmu yang dikongsi seharusnya membawa manfaat dan bukan mengganggu-gugat keharmonian masyarakat dan negara," katanya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 23 2024
Ekhwan berkata, kenyataan jelas menunjukkan kejahilan pihak berkenaan terhadap Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan tentang kedudukan serta hak Bumiputera. - Gambar fail/Astro AWANI
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
20 Naib Canselor, Rektor Universiti Awam sokong UiTM
JKNCR UA selar pihak yang sengaja bangkitkan isu kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke UiTM dengan melabel UiTM sebagai 'akademi aparteid'.