KUALA LUMPUR:Penularan pandemik COVID-19 di Malaysia menyaksikan trend kehilangan pekerjaan di negara ini meningkat sepanjang tahun berikutan banyak perniagaan dan syarikat beralih kepada inisiatif automasi dan digitalisasi.
Panduan Gaji Malaysia 2020/2021 yang diterbitkan syarikat Kelly Services bagaimanapun menyebut, inisiatif berkenaan juga mewujudkan pekerjaan ‘kolar baharu’.
Pekerjaan ‘kolar baharu’ seperti penjualan dan pemasaran dalam bidang teknologi maklumat (IT) mendapat permintaan tinggi susulan peningkatan kebergantungan kepada perkhidmatan teknologi yang membolehkan perniagaan menggunakan teknologi untuk tujuan bekerja dari rumah dan mencapai pelanggan baharu.
Berdasarkan Panduan Gaji Malaysia 2020/2021, ia memberikan fokus kepada lapan industri utama iaitu Perkhidmatan Perbankan dan Kewangan; Kewangan dan Perakaunan; Jualan dan Pemasaran; Sumber Manusia dan Pentadbiran; Rantaian Bekalan dan Logistik; Kejuruteraan; Harta Tanah dan Pembinaan serta Teknologi Maklumat.
Apabila bercakap mengenai isu pekerjaan, pastinya soal gaji juga menjadi topik yang turut diperkatakan.
Antara pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi dengan gaji lumayan ialah Ketua Pembangunan Organisasi (gaji maksimum RM25,000 sebulan), jawatan melibatkan pengurusan perubahan projek (gaji maksimum RM20,000 sebulan) dan Ketua Perhubungan Perindustrian (gaji maksimum RM20,000 sebulan).
Sekiranya anda berharap untuk mendapat pendapatan yang lebih tinggi pada tahun-tahun yang akan datang, infografik berikut memaparkan senarai pekerjaan dengan gaji asas sebulan paling lumayan di Malaysia.
Isabelle Leong
Sat Nov 21 2020
Pekerjaan kolar baharu seperti penjualan dan pemasaran dalam bidang IT mendapat permintaan tinggi susulan peningkatan kebergantungan kepada perkhidmatan teknologi.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
20 pekerjaan paling popular di Malaysia 2020/2021
Sekiranya anda berharap untuk mendapat pendapatan yang lebih tinggi, infografik berikut memaparkan senarai pekerjaan dengan gaji bulanan paling lumayan di Malaysia.