awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 penduduk di Chendering, KT berpindah kerana banjir

Bernama
Bernama
17/11/2014
23:16 MYT
20 penduduk di Chendering, KT berpindah kerana banjir
Pasangan suami isteri Abdullah Ibrahim dan Zainon Din mengangkut barang keperluan untuk berpindah selepas rumah mereka dinaiki air di Kampung Binjai.
Sebanyak 20 penduduk termasuk seorang warga emas dari lima keluarga di Kampung Binjai, Chendering di sini berpindah lewat petang semalam selepas kediaman mereka mula ditenggelami air.
Kesemua mereka berpindah ke pusat perpindahan SK Chendering kira-kira pukul 4 petang.
Seorang penduduk Zainun Din, 54, berkata dia mula menyedari air masuk ke dalam rumahnya kira-kira pukul 5 pagi tadi.
"Ketika hendak menunaikan solat subuh saya dapati hadapan rumah penuh dengan air dan saya bersama anak-anak mula mengemas rumah dan memindahkan barang-barang elektrik ke tempat yang lebih tinggi.
"Bimbang air bertambah naik saya serta beberapa penduduk yang lain mula berpindah selepas asar tadi," katanya ketika ditemui pemberita.
Hujan sejak Khamis lalu menyebabkan beberapa buah kampung dinaiki air.
Bagaimanapun setakat ini tiada jalan ditutup.
Topic Berkaitan
#banjir
#Chendering
#Kuala Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan