KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 20 rumah dan dua sekolah di Pulau Gaya, dekat sini, rosak teruk akibat hujan lebat dan ribut yang melanda di pulau berkenaan, pada petang Selasa.
Difahamkan, dalam kejadian sekitar jam 2 petang itu, dua blok Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Gaya dan jeti Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya ranap dipukul ribut.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Pulau Gaya, Sairi Kassim berkata, kejadian itu berlaku lebih satu jam sebelum ia reda kira-kira jam 3.30 petang.
"Keadaan ketika itu begitu dahsyat di mana kami sendiri pun ketakutan kerana ribut berlaku seperti angin puting beliung melanda sekitar kampung.
"Penduduk masing-masing menyelamatkan diri dan saya hanya keluar selepas keadaan reda. Saya kemudian bergegas ke SK Pulau Gaya dan mendapati jeti ranap manakala murid-murid yang bersekolah pada sesi petang berada dalam keadaan ketakutan dan ada yang menangis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Katanya lagi, hasil tinjauan mendapati hanya jeti SK Pulau Gaya yang rosak manakala keadaan struktur bangunan tidak terjejas selain semua murid dalam keadaan selamat.
"Bagaimanapun, struktur bagi bangunan di SMK Pulau Gaya terjejas teruk di mana dua barisan membabitkan kelas Tingkatan Tiga dan makmal ranap.
"Saya juga anggarkan kira-kira 20 rumah penduduk terjejas di mana ada yang ranap dan atap tercabut cuma untuk keseluruhan jumlahnya kita belum dapat pastikan," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 29 2022
Sekurang-kurangnya 20 rumah dan dua sekolah di Pulau Gaya, rosak teruk akibat hujan lebat dan ribut yang melanda di pulau berkenaan, pada petang Selasa. - Sinar Harian
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Bumbung rumah tercabut, lima kampung terjejas hujan ribut di Taiping
Lima kampung terlibat ialah Kampung Setia, Simpang; Kampung Kuala Sepetang; Kampung Menteri; Kampung Matang Road dan Kampung Dew.
20 rumah di Penaga rosak akibat ribut
Kira-kira 20 rumah mengalami kerosakan terutama pada bahagian bumbung akibat ribut di Penaga, semalam.
Risiko tanah runtuh akibat hujan lebat di Bolivia
Sungai Irpavi mula melimpah sehingga 25 meter yang memisahkan rumahnya dari aliran air.
KPKT kumpul maklumat rumah rosak akibat banjir
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui agensi di bawahnya akan mengenal pasti kerosakan rumah mangsa banjir sebelum tindakan sewajarnya dibuat.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi di China
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas dalam kejadian gempa bumi di Provinsi Gansu dan Qinghai di barat laut China.
Rumah, sekolah rosak dibadai ribut di Sungai Acheh
Sebanyak 13 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Kampung Tanah Kebun sejak semalam, selepas kediaman mereka di Sungai Acheh rosak dibadai ribut.
11 rumah rosak teruk dibadai puting beliung di Arau
Sebanyak 11 rumah rosak teruk dan tidak selamat untuk didiami selepas dibadai puting beliung di Kampung Padang Besar, Guar Sanji pada petang Ahad.
29 rumah rosak dipukul ribut susulan hujan lebat di Tambun
Menurut jurucakap PKOD APM Daerah Kinta, lokasi yang terjejas ialah Taman Indah, Taman Putra Indah dan Bandar Baru Putra.
Penduduk Gambang Damai harap bantuan kerajaan Pahang
Status rumah penduduk masih 'tergantung' dan rata-rata mereka inginkan kepastian mengenai keselamatan rumah jenis berkembar yang dibeli sejak 2016 itu.
Lebih 10 rumah rosak dilanda ribut di Marang
Angin kuat tiba-tiba membadai rumahnya, menyebabkan lebih daripada sebahagian bumbung tercabut.