SEMPORNA: Kira-kira 2,000 penduduk di Pulau Mabul menerima suntikan vaksin dos tunggal CanSino yang diadakan selama dua hari bermula hari ini.
Pegawai Kesihatan Daerah Semporna, Dr Shameer Khan berkata pemberian vaksin jenis CanSino di pulau tersebut adalah yang pertama dibuat di daerah ini.
Menurutnya, 26,000 dos vaksin CanSino disediakan untuk para penduduk di pulau-pulau sekitar Semporna.
"Pejabat Kesihatan Semporna akan menyelaraskan program vaksinasi di setiap pulau di daerah ini supaya semua penduduk dapat diberikan suntikan tersebut.
"Bagi Pulau Mabul, kita menganggarkan 2,000 penerima yang mana hari ini 1,000 suntikan manakala selebihnya esok. Dari segi sambutan sangat menggalakkan.
"Selepas ini kita akan ke Pulau Denawan, Pulau Larapan dan beberapa palau-pulau berhampiran," katanya ketika ditemui dalam Program Imunisasi COVID-19 Pulau Mabul, di sini hari ini.
Program vaksinasi itu turut dihadiri Penasihat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dan Pengarah Kesihatan Sabah Dr Rose Nani Mudin.
Selain itu, mengulas mengenai bekalan 26,000 dos vaksin CanSino, Dr Rose Nani berkata, pihaknya akan menambah bekalan dari semasa ke semasa.
"Kita akan melihat kepada keperluan di sini, jika masih belum mencukupi kita akan menambah bekalan vaksin. Sabah telah menerima sebanyak 180,000 vaksin CanSino dan akan memberikan keutamaan kepada kawasan pulau dan pendalaman di negeri ini," katanya.
Dalam pada itu, Sabah telah mencapai 60 peratus dos pertama dan 42 peratus liputan dos kedua.
Petrus Bernard
Fri Sep 03 2021
Dr Rose Nani memberikan vaksin CanSino kepada penduduk Pulau Mabul, Semporna pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI
Belanjawan: LIAM mohon pelepasan cukai diperluaskan untuk insurans perubatan
Kerajaan harus memperluaskan pelepasan cukai untuk insurans perubatan dan kesihatan dalam Belanjawan 2025, kata CEO Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).
KPKT salur RM1.21 juta kepada PBT jayakan tujuh kempen persekitaran sepanjang 2024
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyalurkan RM1.21 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjayakan Kempen Persekitaran KPKT sepanjang 2024.
Karnival Cuti-Cuti Malaysia di Kompleks Kraf 25-27 Oktober
Pelbagai tawaran menarik pakej pelancongan termasuk potongan harga antara 15 hingga 50 peratus menanti pengunjung KCCM 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 Okt ini di Kompleks Kraf.
EAIC sita 156 fail permohonan pas lawatan sosial
Sitaan dijalankan susulan aduan yang diterima berhubung dakwaan pegawai Jabatan Imigresen dikatakan mengeluarkan pas lawatan sosial (kategori pas rawatan) kepada warga asing tanpa mematuhi prosedur.
Program makanan sedunia bimbang keupayaan lubnan
Ribuan hektar tanah ladang di seluruh selatan Luban telah terbakar atau dibiarkan selepas peperangan tercetus.
Iran sedia bertindak balas jika diserang Israel
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi tegaskan Iran tidak mencari peperangan, tetapi sedia bertindak balas jika diuji Israel. Sebarang serangan terhadap Iran akan dibalas dengan serangan lebih besar.
Anak lelaki Osama bin Laden diusir dari Perancis
Omar Laden yang merupakan anak keempat kepada Osama didakwa mengeluarkan komen di media sosial yang dianggap 'mengagungkan keganasan'.
Rakyat Lubnan dipaksa tidak ke laut
Nelayan-nelayan yang tinggal di Sidon, Lubnan khuatir punca pendapatan mereka terus terjejas selepas amaran yang dinyatakan oleh Israel untuk tidak pergi ke pesisir negara itu. Akibat larangan itu, para nelayan terpaksa tidak berganjak untuk melakukan rutin harian mereka mencari rezeki di laut dan kekal di darat.
Belanjawan 2025 perlu ambil kira keselamatan siber
Malaysia mengalami kerugian kira-kira RM1.3 bilion pada 2023 akibat kes penipuan dalam talian.
Alam Sekitar: Johor tubuhkan Jawatankuasa Hijau
Kerajaan Negeri Joho tubuhkan Jawatankuasa Hijau sebagai inisiatif untuk melestarikan alam sekitar di negeri itu.
Penerima vaksin CanSino tidak dipinggir, boleh masuk premis perniagaan - Shahelmey
Tiada halangan untuk penerima vaksin jenis tunggal CanSino dibenarkan memasuki premis perniagaan di Sabah.
Vaksin COVID-19: KKM sedia percepatkan perolehan CanSino untuk Sarawak - Dr Adham
Kerajaan Persekutuan memahami keperluan vaksin dos tunggal untuk Sarawak, khususnya bagi rakyat yang tinggal di kawasan pendalaman