Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan lima strategi pemangkin bagi menjadikan 2017 sebagai tahun Ekonomi Internet bagi Malaysia.
Mikrokosma fizikal, pembiayaan modal risiko, perhubungan, bakat dan rangka kerja kawal aturan, merupakan pemangkin penting dalam agenda terbabit, katanya.
"Revolusi digital sangat pantas, oleh itu kita mesti menerima pakai dan mengikut perubahan," katanya pada penutupan Mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia (ICM) ke-28 di sini hari ini. Najib ialah Pengerusi ICM.
Najib berkata daripada lima pemangkin berkenaan, pewujudan pemangkin mikrokosma fizikal sangat penting.
"Ia merupakan kelompok atau hab digital komuniti di mana ekonomi Internet baharu, terutama syarikat tunas, syarikat yang sedang meningkat naik dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), berhubung, bertumpu, berkongsi dan mencetuskan idea," katanya.
Najib berkata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Datuk Yasmin Mahmood jelas mendesak supaya hab digital ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan syarikat yang 'dilahirkan digital'.
"Generasi 'cool' sukakan kafe hipster dan ruang pejabat konvensional seperti gudang. ICM hari ini meluluskan cadangan untuk menubuhkan dan mempromosi Hab Digital Malaysia ini," katanya.
Menerusi MDEC, Najib berkata sumbangan ekonomi digital kepada KDNK negara telah meningkat.
"Hasil daripada komitmen berterusan MDEC, sumbangan ekonomi digital Malaysia kepada KDNK telah mencecah 17.8 peratus pada 2015. Kita sudah hampir merealisasikan sasaran 18.2 peratus yang ditetapkan untuk 2020," katanya.
Setakat ini Najib berkata MSC Malaysia mencatatkan pelaburan bernilai RM304 bilion sejak penubuhannya, dan mewujudkan hampir 160,000 pekerjaan, peningkatan 16 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Bagi menggalakkan pembukaan hab ini, perdana menteri memberi jaminan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses kelulusan, dengan memperkenal kategori baharu di bawah Pekerja Berpengetahun Asing MSC, yang akan melengkapkan penubuhkan Hab Digital Malaysia.
Kategori baharu ini yang akan dikenali sebagai Usahawan Asing Berpengetahunan Teknologi (FKE), yang akan diluluskan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, akan memudahkan kemasukan usahawan global ke Malaysia.
Najib berkata pemangkin lain bagi mengembangkan Ekonomi Digital adalah menerusi kumpulan bakat, dengan ICM hari ini meluluskan peruntukan dana kumpulan - Dana Pembangunan Sumber Manusia.
Peruntukan itu akan digunakan untuk Pembangunan Bakat Analitis Data Raya (BDA) dan Mengupayakan Kepimpinan wanita menerusi Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) serta Sains Data.
"BDA merupakan pemancu utama Ekonomi Digital dan kami mengunjurkan kita memerlukan 20,000 profesional data dan 2,000 saintis data menjelang 2020. Pada masa ini kita mempunyai kira-kira 350 saintis data.
"Bagi memenuhi permintaan pasaran pada 2020, kita akan membangunkan saintis data menerusi dua kaedah - inisiatif rasmi universiti dan pembangunan profesional," katanya.
Memandangkan rakyat merupakan pemacu utama kepada ekonomi yang lebih besar, Najib turut menekankan mengenai program eUsahawan dan eRezeki yang bermula tahun lepas.
Beliau berkata kedua-dua program ini mengupayakan rakyat untuk meningkatkan pendapatan masing-masing dan meningkatkan kualiti hidup, dan pada masa yang sama mahukan program itu terus berkembang pada tahun depan.
Najib juga berkata ICM bersetuju peruntukan biasiswa JPA disediakan untuk kursus pendidikan tinggi berkaitan teknologi digital, sama seperti yang ditawarkan untuk kursus kejuruteraan.
Pada majlis berasingan, Najib melancarkan Pelan Tindakan Strategik e-Dagang Nasional.
Pelan tindakan itu dilaporkan bermatlamat menggandakan pertumbuhan e-dagang negara kepada 20.8 peratus menjelang 2020 berbanding 10.8 peratus ketika ini. -Bernama
Bernama
Thu Oct 13 2016
DATUK SERI NAJIB: Revolusi digital sangat pantas, oleh itu kita mesti menerima pakai dan mengikut perubahan. -Gambar fail
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Akaun Fleksibel: Memahami impak, jangkaan selepas pengeluaran
Pengenalan akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Lembaga Pengarah SRC kecewa gagal bawa balik pinjaman dana pelaburan dari luar negara - Saksi
Lembaga Pengarah SRC International kecewa apabila pinjaman RM3.6 bilion daripada KWAP oleh syarikat itu tidak dapat dibawa masuk dari luar negara.
Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC
Najib juga adalah pemegang saham tunggal SRC International dan penasihat emeritus syarikat itu pada masa yang material.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC
Bekas Pengarah SRC Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak mempunyai resolusi dengan kerajaan untuk menggugurkan saman sivil AS$1.18 bilion terhadapnya.
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.