awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21 bengkel disyaki ubah suai motosikal bagi tujuan merempit dikenal pasti

Astro Awani
Astro Awani
22/09/2022
13:49 MYT
21 bengkel disyaki ubah suai motosikal bagi tujuan merempit dikenal pasti
JPJ negeri turut mengeluarkan notis kepada pemilik bengkel tersebut kerana kesalahan melakukan pengubahsuaian motosikal. - Astro AWANI
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menyerbu dua buah bengkel motosikal yang dipercayai menjadi lokasi pengubahsuaian bagi aktiviti merempit dan lumba haram di negeri itu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dalam pemeriksaan tersebut tiga buah motosikal yang sedang diubah suai disita untuk siasatan lanjut.
Selain itu, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri turut mengeluarkan notis kepada pemilik bengkel tersebut kerana kesalahan melakukan pengubahsuaian motosikal.
Soffian berkata, setakat ini pihaknya mengenal pasti 21 buah bengkel motosikal di negeri itu yang dipercayai terlibat dalam aktiviti mengubah suai kenderaan bagi kegunaan aktiviti lumba haram.
"Setakat pemeriksaan yang dibuat di Tanjung Bungah ini, kami memeriksa dua buah bengkel yang disyaki terlibat dalam kegiatan mengubah usai kenderaan. DI sini kami menemui beberapa kesalahan, antaranya bengkel ini tidak mempunyai sebarang lesen perniagaan yang sah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Kami juga mengesan motosikal yang telah diubah suai, disyaki bagi kegunaan berlumba sama ada secara sah dan haram. Setakat ini kami sita tiga buah motosikal dan akan akan dibawa balik ke IPD TL untuk dikesan pemiliknya. Ia untuk mengetahui sama ada motosikal ini diubah daripada bentuk asal dan bagi tujuan apa sebenarnya," ujar beliau.
Soffian berkata, dalam operasi itu juga pihak polis menemui sebuah 'makmal dyno' yang digunakan untuk menguji keupayaan dan kelajuan jentera tersebut.
"Salah sebuah bengkel juga ada mempunyai alat dipanggil mesin dyno yang digunakan untuk menguji keupayaan sebuah jentera. Kami lakukan pemeriksaan (dengan kerjasama) KPDNHEP untuk memeriksa ketulenan aksesori yang dijual di bengkel ini," jelasnya.
Soffian menambah, operasi yang dijalankan secara bersepadu bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), JPJ, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) itu adalah salah satu inisiatif dan langkah yang diambil pihak PDRM dalam usaha memastikan Pulau Pinang bebas aktiviti lumba haram.
Beliau berkata pihaknya akan terus melakukan operasi dan pemeriksaan secara berterusan dan menasihatkan pemilik bengkel agar mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa dan tidak sewenang-wenangnya melakukan pengubahsuaian kenderaan.
Topic Berkaitan
#bengkel
#ubah suai motosikal
#polis
#lumba haram
#rempit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan