awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21 diselamatkan selepas terperangkap dalam insiden kepala air di Sungai Chiling

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
19/10/2015
03:28 MYT
21 diselamatkan selepas terperangkap dalam insiden kepala air di Sungai Chiling
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baru, Kamil Hamadan berkata kesemua mereka berjaya dibawa keluar pada jam 2 pagi tadi. - Gambar Fail
17 lelaki dan empat wanita yang terperangkap dalam insiden kepala air ketika berada kawasan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu pada malam semalam berjaya diselamatkan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baru, Kamil Hamadan berkata kesemua mereka berjaya dibawa keluar pada jam 2 pagi tadi.
"Kami menerima panggilan kecemasan pada 6.58 petang dan terus ke lokasi kejadian. Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) tiba dan memulakan misi pada jam 7.35 petang.
"Pada mulanya kami mendapat maklumat awal hanya seramai 15 orang yang terperangkap. Namun apabila di sungai rintasan yang ke-enam, ada lagi enam orang yang masih terperangkap," kata Kamil ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut Kamil, mereka terdiri daripada warga Pakistan, Iran dan penduduk dikatakan melakukan aktiviti mendaki bukit di lokasi itu ketika kejadian berlaku.
"Mereka mahu turun dari kawasan berkenaan namun mereka terperangkap di kawasan air terjun yang mengumpul begitu banyak air. Mereka kemudiannya menghubungi nombor kecemasan untuk mendapatkan bantuan keluar dari tempat itu," tambah Kamil.
Jelas Kamil, seramai 21 anggota termasuk pegawai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan pihak pengurusan Sungai Chiling telah dikerahkan untuk membantu menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap ini.
Beliau berkata anggota penyelamat terpaksa menunggu paras air di sungai berkenaan surut bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa pada semalam.
Topic Berkaitan
#Kamil Hamadan
#Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baru
#sungai chilling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan