SHAH ALAM: Sebanyak 215 kes penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian di rekodkan di negeri ini melibatkan kerugian RM16.46 juta bermula Januari hingga Julai lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dalam kenyataan berkata ia merupakan peningkatan sebanyak 82.3 peratus berbanding 38 kes dengan RM660,127.63 kerugian dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Beliau berkata modus operandi penipuan tersebut ialah mangsa menerima pesanan ringkas melalui Telegram atau WhatsApp membabitkan tawaran kerja sambilan daripada nombor telefon tidak dikenali.
"Mangsa kemudiannya diminta menekan pautan yang diberikan melalui aplikasi itu sekiranya berminat, misalnya https://www.intercambio39.cc/mobile dan perlu mendaftar nama pengguna serta kata laluan sebelum memulakan tugas.
"Tugas pertama membeli barangan di platform e-dagang dengan modal yang kecil dan suspek akan meminta mangsa memasukkan wang ke dalam akaun sindiket. Bagi menyakinkan, mangsa akan mendapat pulangan komisen mengikut jumlah yang dijanjikan iaitu antara 10 dan 30 peratus," katanya.
Hussein berkata mangsa akan diminta menyelesaikan tugasan seterusnya dengan jumlah pembelian lebih besar dan akhirnya mereka menyedari ditipu apabila tidak mendapat peratus keuntungan seperti yang dijanjikan.
"Jun lepas, terdapat satu kes penipuan melibatkan bekas pengurus teknologi maklumat berusia 62 tahun yang kerugian RM1.8 juta dengan mangsa melakukan 110 kali pindahan wang secara dalam talian ke dalam akaun bank berbeza.
"Wanita itu mendapat pulangan seperti yang dijanjikan pada tugasan pertama dan kedua, namun untuk yang berikutnya bermula 13 Jun hingga 27 Julai dia telah melakukan 110 kali pindahan wang bagi tujuan melengkapkan tugasan tetapi tidak menerima pulangan komisen yang dijanjikan.
"Mangsa menyedari ditipu setelah suspek masih meminta bayaran untuk melengkapkan tugasan seterusnya dan membuat laporan polis di Petaling Jaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
Mangsa akan diminta menyelesaikan tugasan seterusnya dengan jumlah pembelian lebih besar dan akhirnya mereka menyedari ditipu apabila tidak mendapat peratus keuntungan seperti yang dijanjikan. - Gambar hiasan
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
Jeffrey Kitingan, menafikan tuduhan bahawa terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, susulan penyebaran video kontroversi memaparkan tangkap layar perbualan WhatsApp di media sosial.
Impian tolak dakwaan ditaja Musa Aman, Anifah Aman
Parti Impian Sabah (Impian) yang baru ditubuhkan menafikan dakwaan ia ditaja oleh bekas ketua menteri, Musa Aman atau adiknya Anifah Aman.
Tan Sri Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Berita mengenai perkara itu mula tersebar di media sosial sejak semalam selepas dakwaan nama Musa telah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong.
Banjir kilat di beberapa kawasan di Saratok pulih
Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Saratok beransur surut dan laluan utama ke Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Budu, Ulu Kerian dan Rumah Panjang (RH) Rossita, Ulu Budu kembali dibuka kepada kenderaan.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Pantau Agenda Reformasi: NAIO | Ke arah Malaysia sebagai negara AI
Apa yang perlu dilakukan Malaysia bagi memastikan ekosistem digital dimanfaat secara berkesan dan menyeluruh susulan penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO)?
215 kes tipu tawaran kerja dalam talian, kerugian RM16.46 juta di Selangor
Ia merupakan peningkatan sebanyak 82.3 peratus berbanding 38 kes dengan RM660,127.63 kerugian dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
12 warga Malaysia mangsa sindiket di Kemboja selamat tiba di KLIA 2 hari ini
Kesemua mereka berjaya dibawa keluar dari negara itu dengan bantuan Kedutaan Besar Malaysia di Kemboja.
Sindiket penipuan tawaran kerja melalui e-dagang tumpas, 20 ditahan
Polis menumpas satu sindiket penipuan tawaran kerja melalui platform e-dagang dengan penahanan 20 individu dalam serbuan di tiga premis di sekitar ibu kota Isnin lepas.