awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

218 tahun: Pengorbanan Sang Saka Biru pelihara keselamatan negara terus dihargai

Bernama
Bernama
25/03/2025
05:45 MYT
218 tahun: Pengorbanan Sang Saka Biru pelihara keselamatan negara terus dihargai
Hari Polis ke-218 yang disambut serentak di seluruh negara bagi menghargai pengorbanan Sang Saka Biru, meriah dengan pelbagai pengisian seperti perbarisan, penyampaian surat penghargaan dan persembahan khas. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Genap 218 tahun hari ini, pengorbanan dan sumbangan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan serta ketenteraman negara terus menjadi sanjungan masyarakat sejajar dengan slogannya "Sedia Berkhidmat".
Mengekalkan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada', Hari Polis ke-218 yang disambut serentak di seluruh negara bagi menghargai pengorbanan Sang Saka Biru, meriah dengan pelbagai pengisian seperti perbarisan, penyampaian surat penghargaan dan persembahan khas.
Di ibu negara, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sambutan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, yang turut diisi dengan tayangan khas 'Tolak Rasuah' dan persembahan sajak 'Nafas Perjuangan' oleh Insp Nik Mustakim Nek Musa, Insp Adi Saufi Majid dan Sub Insp Yusuf Ramji.
Turut hadir, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Di PERAK, Perhimpunan Peringatan Hari Polis ke-218 peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri diadakan di Dewan Serbaguna Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat.
Pada acara menghimpunkan 286 anggota kontinjen itu, Zulkafli menyampaikan surat penghargaan kepada pegawai dan anggota serta rakan strategik yang sentiasa menyumbang dan memberi komitmen kepada PDRM Perak.
Di NEGERI SEMBILAN, Timbalan Ketua Polis negeri SAC Muhammad Idzam Jaafar menyampaikan sijil penghargaan kepada 20 pegawai dan anggota yang menunjukkan kecemerlangan dalam perkhidmatan.
Selain itu, 33 individu terdiri daripada wakil badan bukan kerajaan (NGO), tokoh korporat, orang awam, syarikat swasta dan media turut menerima penghargaan atas kerjasama mereka dengan pihak penguat kuasa.
Sementara di PAHANG, sebanyak 350 pegawai dan anggota serta penjawat awam menghadiri Perhimpunan Peringatan Hari Polis Ke-218 Peringkat Kontinjen Pahang yang diadakan di Dewan Badminton, Kompleks Logistik, Alor Akar, Kuantan.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Pahang SAC Datuk Mohd Yusri Othman mewakili Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman menyampaikan sijil penghargaan kepada 18 pegawai dan anggota yang mempamerkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan serta dua warga Persatuan Keluarga Polis (PERKEP).
Topic Berkaitan
#PDRM
#ulang tahun
#218
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan