awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

22 maut, pejabat Palang Merah di Gaza rosak terkena serangan

Bernama
Bernama
22/06/2024
03:40 MYT
22 maut, pejabat Palang Merah di Gaza rosak terkena serangan
Pejabat Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa di Semenanjung Gaza musnah akibat serangan pada Jumaat. - Foto X/@redsarah99
GENEVA: Peluru berkaliber yang mendarat beberapa meter dari Pejabat Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa di Semenanjung Gaza pada Jumaat mengorbankan 22 nyawa yang berlindung di kemudahan itu, lapor Agensi Anadolu.
"Serangan itu merosakkan struktur pejabat ICRC yang dikelilingi oleh ratusan orang awam yang hilang tempat tinggal termasuk ramai rakan sekerja Palestin kami," menurut ICRC dalam satu kenyataan.
Insiden itu menyebabkan hospital medan Palang Merah berhampiran menerima 22 mayat dan 45 cedera, dengan laporan terdapat lebih ramai mangsa.
"Serangan yang begitu hampir dengan struktur bangunan Palang Merah serta lokasinya diketahui oleh pihak bertelagah, meletakkan nyawa orang awam dan kakitangan Palang Merah dalam bahaya.
"Kejadian ini hanyalah satu daripada beberapa insiden yang terjadi beberapa hari kebelakangan ini, sebelum ini peluru sesat telah mengenai struktur ICRC.
"Kami mengecam insiden ini yang membahayakan nyawa manusia dan orang awam," menurut ICRC.
The ICRC office which is surrounded by hundreds of displaced civilians living in tents was damaged by nearby shelling in Gaza. Firing so dangerously close to humanitarian structures puts the lives of civilians and humanitarians at risk. pic.twitter.com/V858eQLSsj
— ICRC in Israel & OT (@ICRC_ilot) June 21, 2024
Di bawah undang-undang antarabangsa, pihak yang terlibat dalam konflik mesti mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan serangan terhadap orang awam dan kerosakan kepada harta benda awam termasuk kemudahan kemanusiaan, menurut Palang Merah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pejabat palang merah
#Gaza
#serangan
#orang awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan