SOLO : Kehilangan kedua-dua belah kakinya seawal usia lima tahun kerana kanser tulang, tidak menghalang Mohammad Yusshazwan Yusuf menempuh pelbagai cabaran untuk mencipta sejarah buat Malaysia di Sukan Para ASEAN (APG) hari ini.
Selepas 22 tahun sejak pergerakannya terbatas, Mohammad Yusshazwan bersama gandingannya Abu Samah Borhan melakar sejarah, dengan meraih pingat emas pertama Malaysia bagi acara tenis berkerusi roda di temasya itu.
Mereka mencipta kejayaan tersebut selepas menewaskan wakil Indonesia Kevin Sanjaya-Agus Fitriadi, 6-4, 6-3 selepas perjuangan lebih dua jam mengatasi cabaran cuaca panas di Lapangan Tenis Manahan di sini.
"Saya sangat bangga dengan pencapaian ini. Kita fokus 100 peratus sebab nak cipta sejarah, jadi hari ini kita berjaya capai kejayaan ini untuk negara dan keluarga kami," kata Mohammad Yusshazwan, 27, kepada Bernama.
Pingat emas hari ini juga, menjadi pengubat hati buat beliau, apabila terpaksa berpuas hati dengan pingat perak acara perseorangan, setelah tewas 2-6, 6-4, 6-7 selepas persaingan sengit dengan Klongrua Suthi dari Thailand pada final semalam.
Pencapaian terbaik Malaysia bagi acara beregu adalah perak edisi 2017 di laman sendiri menerusi Abu Samah-Ariffahmi Zaquan Ariffin, manakala Mohammad Yusshazwan- Firdaus Ibrahim meraih gangsa.
Abu Samah, juara perseorangan lelaki pada edisi lepas di Kuala Lumpur, berkata perlawanan hari ini tidak mudah kerana terpaksa berdepan lawan yang kuat, ditambah dengan kelebihan beraksi di laman sendiri.
"Sebelum ini kami dah pernah menang perak dan gangsa, jadi hari ini kami turun dengan tekad mahu emas, dan berjaya dalam misi itu," kata pemain berusia 37 tahun yang terpaksa bergantung pada kerusi roda selepas kecederaan tulang belakang (spinal cord) selepas kemalangan jalan raya pada 2006.
Sementara itu, Jennahtul Fahmi Ahmad Jennah muncul juara acara ping pong perseorangan lelaki Kelas 11 (masalah intelektual), selepas mengatasi rakan senegara Mohd Hazlin Abdullah 11-6, 12-10, 12-10 pada aksi final yang sengit di sini.
"Perlawanan tadi cabaran memang sangat sengit, mungkin saya agak bernasib baik untuk menang. Memang selalunya perlawanan di antara kami sengit, tak boleh main-main, kalau silap sikit pun akan kalah walaupun dah mendahului.
"Bersyukur dapat mempamerkan aksi yang baik hari ini. Pingat emas ini untuk keluarga saya yang sentiasa memberikan semangat. Selepas ini saya akan membuat persediaan untuk APG Kemboja dan Sukan Para Asia," katanya.
Dalam pada itu, kem negara meneruskan renangan cemerlang di Pusat Renang Jatidiri, Semarang apabila menambah dua lagi koleksi emas dan sebutir perak.
Muhammad Nur Syaiful Zulkafli muncul juara 100m gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) dengan catatan satu minit dan 17.060s, Abd Halim Mohammad (34.820s) ungguli acara 50m kuak dada lelaki SB8 (kecacatan fizikal), manakala perak disumbangkan oleh Carmen Lim (36.730s) bagi acara 50m gaya bebas wanita S8 (kecacatan fizikal).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022

Mohammad Yusshazwan (kanan) bersama gandingannya Abu Samah Borhan meraih pingat emas pertama Malaysia bagi acara tenis berkerusi roda. - Bernama

Wanita mengaku tidak bersalah abai tiga anak selama empat bulan
Seorang pembantu am sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan mengabaikan tiga anak kandungnya selama empat bulan, tahun lalu.

COVID-19: Satu pertiga kes positif sejak Jun 2022 didominasi sub-varian BA.5
Satu pertiga atau 32.8 peratus jumlah kes positif COVID-19 dikesan sejak Jun lalu di Sarawak adalah melibatkan sub-varian Omicron BA.5.

Transformasi eksport mineral mentah kepada produk separa siap, produk akhir
Usaha ini adalah penting dalam memastikan pembangunan industri NR-REE di Malaysia tidak terhenti di peringkat huluan sahaja.

Tidak perlu tambat ringgit kepada dolar AS, asas ekonomi kukuh sokong nilai ringgit - Tengku Zafrul
Bukan satu dasar yang terbaik untuk ekonomi negara sekiranya sandaran tambatan ringgit dilaksanakan.

Kekurangan Petrol | Syarikat minta orang awam kurangkan pembelian petrol
Syarikat petrol Hungary dan pembekal utama stesen minyak negara itu merayu kepada orang awam agar mengurangkan pembelian petrol mereka. Ini susulan kebimbangan kekurangan bekalan petrol selepas pengendalian saluran paip Rusia, Transeft berkata akan menghentikan penghantaran melalui cawangan selatan saluran paip minyak Druzhba yang melalui Ukraine ke Republik Czech, Slovakia dan Hungary.

Bot Karam | Pencarian dua lagi mangsa bot karam diperluas
Wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali melaporkan, operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa bot karam di perairan Pulau Redang sejak Isnin lalu terus dipertingkatkan dengan skala yang lebih besar.

RUU Antigangguan Seksual lindungi wanita dan juga lelaki - Zurainah
Senator Datuk Seri Zurainah Musa berkata, RUU AGS bukan sahaja untuk melindungi wanita sahaja tetapi juga lelaki selain menjelaskan wanita mahu layanan saksama dalam isu berkenaan.

Malaysia-Jepun | PM gesa teroka kerjasama bidang baharu ESG
Kerajaan menggesa agar bidang-bidang kerjasama baharu berkaitan inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dapat diterokai oleh Malaysia dan Jepun melalui projek dan program yang dilaksanakan di bawah Dasar Pandang ke Timur (DPT). Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk mempelbagaikan kerjasama dalam bidang krisis bencana, masyarakat menua, ekonomi digital, sains, teknologi dan inovasi serta pertumbuhan hijau.

Pesawat ringan terhempas ketika mendarat cemas di lebuh raya
Ketika pesawat itu mahu mendarat, lebuh raya berkenaan dipenuhi dengan banyak kenderaan.

Legenda pecut Asia Tenggara Lydia de Vega meninggal dunia
Jaguh pecut Filipina itu, yang lebih dikenali sebagai Diay, menghembuskan nafas terakhir pada Rabu pada usia 57 tahun.

Pingat emas hadiah buat hari lahir anak - Muhammad Ziyad
"Saya menang pingat pada 1 Ogos, hari kelahiran anak lelaki saya, memang ini hadiah kemenangan buat anak saya Thariq Xavier."

APG: Kontinjen Malaysia terima sambutan wira
Kepulangan kontinjen Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 dari Solo, Indonesia diberi sambutan wira sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

KBS, MSN kini tumpu bantu atlet ke APG Kemboja 2023
Analisis akan dilakukan ke atas pencapaian atlet para dalam APG ke-11 di Solo, dalam usaha memperbaiki kedudukan pingat negara.

Sukan Para ASEAN ke-11 melabuhkan tirai, jumpa lagi di Kemboja
Jokowi dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada 1,200 atlet yang menyertai temasya sukan itu.

Kejayaan adik di Birmingham cetus semangat abang di Indonesia
Ini merupakan penampilan kedua Bryan di APG, selepas menamatkan saingan di tempat keempat pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.

22 tahun selepas hilang kaki, Yusshazwan cipta sejarah tenis kerusi roda
Mohammad Yusshazwan bersama gandingannya Abu Samah Borhan meraih pingat emas pertama Malaysia bagi acara tenis berketusi roda.

APG: Tangisan gembira ibu iringi kejayaan pemecah rekod Ethan Khoo
Ethan Khoo Yin Jun berjaya merangkul pingat emas ketiganya pada temasya Sukan Para ASEAN (APG).

Misi 16 emas tercapai, perjuangan diteruskan di Solo
Kontinjen Malaysia sudah pun melepasi sasaran dengan kutipan 18 emas, 11 perak dan dua gangsa setakat ini.

APG: Ashraf harap kisahnya menyuntik semangat
Muhamad Ashraf kini antara jaguh olahraga para negara dengan rekod kejayaan membanggakan.

APG: Tambahan tiga emas, tujuh perak pada hari ketiga
Selepas kejayaan menyambar 10 pingat emas pada Isnin, pemburuan emas kontinjen negara ke Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 semalam agak suram, apabila hanya tiga emas diperolehi.