awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki acu pistol pada jiran direman lagi empat hari

Sinar Harian
Sinar Harian
14/12/2025
06:58 MYT
Lelaki acu pistol pada jiran direman lagi empat hari
Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dilihat berpakaian lokap dan dibawa keluar dari mahkamah sebaik selesai permohonan reman kali kedua pada Ahad. -Foto Sinar Harian
SUNGAI PETANI: Lelaki yang didakwa mengacu pistol kepada jirannya di Bandar Laguna Merbok, Ahad lalu, direman empat hari lagi sehingga Khamis ini.

Ringkasan AI
  • Lelaki yang mengacukan pistol kepada jirannya di Bandar Laguna Merbok direman empat hari lagi bagi membantu siasatan kes tersebut.
  • Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, menyatakan suspek didakwa mengacukan pistol ke arah jiran sehingga menyebabkan laporan polis dibuat.
  • Polis menemui objek menyerupai pistol dan dadah semasa serbuan di rumah suspek, kes ini kini disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Permohonan reman dibenarkan oleh Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi di Mahkamah Sungai Petani bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dilihat berpakaian lokap dan dibawa keluar dari mahkamah sebaik selesai permohonan reman kali kedua pada Ahad.
Sebelum ini, lelaki terbabit direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Terdahulu, media melaporkan polis menahan seorang lelaki yang disyaki mengacukan pistol kepada jirannya dalam kejadian minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek didakwa mengacu pistol ke arah jiran sehingga menyebabkan laporan polis dibuat.
Menurut beliau, polis menerima panggilan daripada orang awam yang mendakwa diugut oleh seorang lelaki menggunakan objek menyerupai pistol pada jam 8.45 pagi.
“Hasil serbuan dan pemeriksaan lanjut di rumah suspek menemukan satu objek menyerupai pistol serta sejumlah dadah,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. -Sinar Harian

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapa lama lelaki yang didakwa mengacu pistol kepada jirannya direman oleh mahkamah? A: Lelaki tersebut direman empat hari lagi sehingga Khamis ini.
  • Q: Apakah kesalahan yang disyaki dilakukan oleh lelaki yang terbabit? A: Lelaki tersebut disyaki mengacu pistol kepada jirannya sehingga menyebabkan laporan polis dibuat.
  • Q: Apa yang ditemui oleh polis semasa serbuan di rumah suspek? A: Polis menemui satu objek menyerupai pistol serta sejumlah dadah semasa pemeriksaan lanjut di rumah suspek.

Topic Berkaitan
#acu pistol kepada jiran
#Hanyan Ramlan
#Sungai Petani
#Bandar Laguna Merbok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami