MALAYSIA
22 termasuk 12 anggota polis terperangkap kepala air

Anggota bomba menyelamatkan mangsa terperangkap di seberang sungai akibat kepala air di Kuala Kubu Baharu pada Khamis. - Foto Sinar Harian
HULU SELANGOR: Seramai 22 individu dilaporkan terperangkap di seberang sungai selepas berlaku kejadian kepala air di Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Baharu, semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.42 petang.
"Seramai lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Baharu digerakkan ke lokasi yang jaraknya kira-kira 20 kilometer," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata, maklumat awal daripada pihak polis mendapati terdapat 22 mangsa terperangkap terdiri daripada 12 anggota polis dan 10 orang awam."Mereka dipercayai sedang melakukan aktiviti riadah ketika hujan menyebabkan berlakunya kepala air.
"Pasukan bomba yang tiba di lokasi pada jam 7.07 malam menjalankan kerja-kerja menyelamatkan mangsa," ujarnya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami