ALOR SETAR: Seramai 223,579 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seluruh negara akan menerima suntikan vaksin COVID-19 untuk fasa kedua.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, golongan pejuang negara ini akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin itu bagi menghargai jasa mereka berjuang untuk kemerdekaan dan menjaga keamanan negera.
Katanya, kumpulan pertama akan diberikan kepada mereka yang mempunyai penyakit kronik dan mereka yang sering berulang ke hospital untuk menerima rawatan, dan diikuti selebihnya.
Pihak kementerian akan memastikan kesemua anggota veteran ini menerima suntikan yang diberikan secara percuma oleh pihak kerajaan.
Jelas, Ismail Sabri, senarai dan lokasi menerima suntikan akan dikeluarkan Persatuan Veteran ATM di seluruh negara.
"Fasa kedua nanti adalah kumpulan yang mempunyai pesakit kronik dan juga mempunyai penyakit, yang juga umurnya melebihi umur warga emas atau 60 tahun ke atas jadi mungkin fasa kedua," ujar beliau.
Ismail berkata demikian selepas melawat Md Salleh Ahmad, di kediamannya di Jalan Masjid Seberang Pantai Johor, Alor Setar, pada Jumaat.
Dalam lawatan itu beliau turut menyampaikan wang bantuan daripada Kementerian Pertahanan dan Persatuan Veteran ATM untuk kegunaan rawatan penyakit kencing manis dialami Md Salleh.
Fasa pertama kini sedang berjalan dan hampir selesai sejak dimulakan pada penghujung Februari lalu.
Fasa kedua iaitu antara April hingga Ogos 2021, khusus untuk kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi serta orang kelainan upaya (OKU) melibatkan 9.4 juta orang.
Manakala fasa ketiga pula, iaitu antara Mei hingga Februari 2022, untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas (warganegara dan bukan warganegara) dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.
Sebelum ini anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di kawasan operasi dan penugasan di luar negara adalah kumpulan pertama penerima vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech dalam kalangan warga ATM.
Mereka merupakan kumpulan awal anggota ATM yang bertugas di kawasan operasi seperti Op Benteng, Op Penawar, misi pengaman Pasukan Tentera Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) dan Pasukan Pemerhati Antarabangsa di Mindanao di bawah tentera darat, laut serta udara.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Mar 12 2021
Ismail (tengah) melawat Md Salleh Ahmad, di kediamannya di Jalan Masjid Seberang Pantai Johor, Alor Setar, pada Jumaat. - Astro AWANI
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
COVID-19: Kementerian Pertahanan percepatkan bayaran insentif kepada veteran ATM
Agihan semula dana kutipan kalanan termasuk Matching Grant berkenaan bertujuan memberi kebajikan kepada veteran ATM yang memerlukan di seluruh negara.