awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Afrika Selatan sasar ketibaan dua kali ganda pelancong dari Malaysia tahun ini
OM selesaikan ganjaran hadiah kewangan bekas atlet olahraga
Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula Sabtu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

231 individu ditahan ingkar arahan PKP - Ismail Sabri

Hilmi Malik
Hilmi Malik
30/12/2020
10:25 MYT
231 individu ditahan ingkar arahan PKP - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu 225 individu telah dikenakan kompaun manakala enam lagi direman. - Gambar fail
KUALA LUMPUR :Polis menahan seramai 231 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang 24 jam yang lalu.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu 225 individu telah dikenakan kompaun manakala enam lagi direman.
“Antara kesalahan yang dikesan termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, tidak memakai pelitup muka, dan gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal,” katanya menerusi kenyataan media pada Rabu.
Sementara itu, menurut Ismail Sabri, pihak berkuasa turut menahan seramai 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas 10 buah kenderaan darat menerusi Op Benteng.
“Kerajaan akan ambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya lagi.
Mengenai pelaksanaan kuarantin wajib, seramai 94,126 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua mereka telah ditempatkan di pusat kuarantin.
Daripada jumlah tersebut, 6,747 individu sedang menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 540 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
Topic Berkaitan
#polis
#PKP
#PDRM
#Op Benteng
#pati
#ismail sabri yaakob
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan