awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

24 kawasan di Kuala Terengganu alami gangguan kualiti air

Sinar Harian
Sinar Harian
03/02/2022
02:40 MYT
24 kawasan di Kuala Terengganu alami gangguan kualiti air
Sebanyak 24 kawasan di daerah ini mengalami gangguan kualiti air berpunca daripada penerobosan air masin pada muka sauk Pulau Musang melibatkan tangki Bukit Kecil dan tangki Bukit Losong. -Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 24 kawasan di daerah ini mengalami gangguan kualiti air berpunca daripada penerobosan air masin pada muka sauk Pulau Musang melibatkan tangki Bukit Kecil dan tangki Bukit Losong.
Syarikat Air Terengganu (SATU) dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima bantuan daripada Stesen Janakuasa Elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tasik Kenyir bagi melepaskan air daripada empangan Kenyir untuk menyeimbangkan paras kepekatan garam dalam air mentah di muka sauk.
"Pihak TNB sedia maklum mengenai situasi ini dan air akan dilepaskan lapan jam sebelum waktu pasang tinggi berlaku.
"Bacaan tahap kemasinan air yang dibekalkan juga akan dipantau," katanya dalam kenyataan disini, malam Rabu.
Antara kawasan terjejas ialah Kampung Losong, Kg Kubang Buyong, Kg Paloh, Kg Pulau Rusa, Kg Kuala Bekah, Kg Pulau Musang, Kg Sungai Rengas, Kg Kubang Tangga, Kg Durian Burung, Kg Bukit Kubang Jambu, Kg Wakaf Che Kapur, Kg Kubang Parit.
Turut terjejas ialah Kg Pulau Kambing, Chabang Tiga, Kg Tokku, Kg Seberang Baroh, Kg Hiliran, Kg Bukit Kecil, Kg Pasir Panjang, Kg Gong Kapas, Kg Panji Alam, Kg Gong Pak Maseh, Jalan Budiman dan kawasan sekitar.
Jelas kenyataan tersebut, pihak SATU Water akan memaklumkan perkembangan lanjut situasi dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi seperti laman sesawang www.satuwater.com.my, aplikasi MySATU, Facebook, Instagram dan Linkedin.
"Pengguna boleh menghubungi talian 1300-88-2111 jika mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan," menurut kenyataan itu.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gangguan kualiti air
#Bukit Kecil
#Bukit Losong
#Syarikat Air Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan