Sekurang-kurangnya 24 orang maut dan 53 lagi cedera dalam satu serangan ke atas perarakan tentera Iran di wilayah Khuzestan, Iran pada Sabtu.
Mereka yang dilaporkan cedera dalam insiden tersebut termasuk wanita dan kanak-kanak.
Menurut Gabenor Khuzestan, Gholam-Reza Shariati, serangan itu dilakukan oleh kumpulan pengganas yang menyamar sebagai anggota tentera Islamic Revolution Guards Corp (IRGC).
Tambahnya, mereka melepaskan tembakan terhadap anggota tentera dan orang ramai semasa perarakan itu diadakan.
Menurut agensi berita tempatan IRNA, dua penyerang ditembak mati manakala dua lagi ditahan pihak berkuasa.
Perarakan tentera tersebut diadakan sempena ulang tahun ke-30 berakhirnya perang lapan tahun dengan Iraq pada 1988.
Agensi
Sat Sep 22 2018
Mereka melepaskan tembakan terhadap anggota tentera dan orang ramai semasa perarakan itu diadakan. - Foto AP
Mayat wanita ditemukan dalam rumah, polis klasifikasi sebagai mati mengejut
Kes seorang wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam rumahnya di Pangsapuri Siantan Taman Putra Perdana hari ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
PBAKL 2024 bukti anak muda masih cintakan buku
Pendapat yang mengatakan golongan muda lebih meminati gajet dan media sosial dan tidak lagi berminat dengan buku, ternyata tidak benar.
Hamas lancar serangan roket di kawasan Tel Aviv
Hamas telah melancarkan serangan roket di kawasan Tel Aviv di tengah Israel buat kali pertama dalam tempoh hampir empat bulan.
AWANI Ringkas: Perlawanan KL City - JDT
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Menteri Luar Malaysia lawat Singapura mulai Isnin
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan, akan melakukan lawatan rasmi dua hari ke Singapura bermula Isnin (27 Mei), lawatan pertama beliau ke republik itu dalam portfolio semasa.
Lebih 670 dipercayai terkorban dalam tanah runtuh di Papua New Guinea
Lebih 670 individu dikhuatiri terbunuh selepas tanah runtuh melanda Kampung Kaokalam di Wilayah Enga, wilayah Enga, Papua New Guinea.
KPM beri jaminan bebanan tugas, masalah kekurangan guru diatasi apabila satu sesi dilaksanakan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan bebanan tugas serta masalah kekurangan guru dapat diatasi apabila sistem satu sesi di semua sekolah di seluruh negara dilaksanakan sepenuhnya.
Minggu Mega Dansa, ada lagi mangsa penyingkiran?
Sudah dua minggu tiada penyingkiran berlaku, dengan tema Mega Dansa, adakah peserta The Hardest Singing Show mampu memberi persembahan terbaik sekali gus terselamat daripada penyingkiran?
Polis buru suspek cetus kekecohan selepas perlawanan
Polis Daerah Cheras, sedang mengesan individu yang mencetuskan kekecohan selepas perlawanan bola sepak KL City menentang JDT di luar Stadium Cheras, pada Sabtu malam.
Golongan belia digalak timba ilmu di China - Ahmad Zahid
Ini kerana China memiliki kelebihan dalam aspek teknologi tinggi yang harus dipelajari seterusnya dimanfaatkan untuk pembangunan Malaysia.
24 maut dalam serangan perarakan tentera Iran
Sekurang-kurangnya 24 orang maut dan 53 lagi cedera dalam satu serangan ke atas perarakan tentera Iran di wilayah Khuzestan, Iran pada Sabtu.