awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan bertukar ganas ketika protes Iran merebak ke lebih 100 bandar
JPJ perhebat operasi lebih muatan, periksa 1.2 juta kenderaan pada 2025
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

24 pelajar Maktab Mahmud Sik positif COVID-19

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
03/12/2021
09:56 MYT
24 pelajar Maktab Mahmud Sik positif COVID-19
Semua mereka adalah kes positif dalam kluster institusi pendidikan dikenali sebagai Kluster Dah Pelangi. - Gambar hiasan
SIK: Seramai 24 pelajar lelaki Maktab Mahmud Sik di sini, disahkan positif COVID-19 hari ini, selepas menunjukkan gejala sejak 28 November lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata mereka adalah kes positif dalam kluster institusi pendidikan dikenali sebagai Kluster Dah Pelangi.
"Selepas sejumlah pelajar menunjukkan gejala pada 28 November, pengurusan sekolah berasrama itu telah melaksanakan saringan bersasar kepada pelajar-pelajar dan kes mula didaftarkan sebagai positif pada hari ini.
"Seramai 38 individu telah disaring setakat jam 12 tengah hari tadi yang mana, 24 daripada mereka didapati positif manakala 14 yang lain negatif COVID-19," katanya di sini, hari ini.
BACA: 139 positif COVID-19, babitkan kluster di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
BACA: 9 guru, pelajar di 2 MRSM di Kedah, Perak disah positif COVID-19
Katanya, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sik juga juga telah menjalankan isolasi dan pemerhatian membabitkan kesemua 24 pelajar berkenaan manakala kesemua kontak rapat telah diarahkan untuk menjalani kuarantin.
Hayati turut memaklumkan PKD masih menjalankan siasatan berhubung punca penularan jangkitan melibatkan kluster berkenaan.
BACA: 24 pelajar Politeknik Sandakan positif COVID-19
BACA: 32 penuntut, pensyarah kolej matrikulasi di Kuala Pilah positif COVID-19
Selain itu, katanya Maktab Mahmud Sik turut diberikan notis penutupan sekolah bermula hari ini sehingga kerja-kerja basmi kuman dan pencegahan penularan selesai dijalankan.
Sebubungan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah menyeru orang ramai terutamanya pengurusan sekolah untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh kerajaan dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.
Topic Berkaitan
#maktab mahmud sik
#pelajar positif
#COVID-19
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan