PUTRAJAYA: Penilaian Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin COVID-19 (JFK) terhadap 25 laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) yang melibatkan kematian dalam kalangan penerima vaksin dos penggalak mendapati kes kematian tersebut tiada hubung kait dengan vaksin yang diterima.
Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Dr Roshayati Mohamad Sani berkata 25 laporan itu adalah daripada 56 laporan AEFI melibatkan kematian dalam kalangan penerima vaksin dos penggalak yang diterima NPRA bagi dilakukan penyiasatan dan penilaian.
Beliau dalam satu kenyataan hari ini mengenai status AEFI vaksin COVID-19 hingga 1 April berkata 31 laporan lagi masih dalam proses penyiasatan sebelum dibentang untuk penilaian oleh JFK.
Dr Roshayati berkata sebanyak 131 kes atau 8.6 peratus daripada 1,526 laporan AEFI bagi dos penggalak vaksin COVID-19 yang dilaporkan hingga 1 April diklasifikasikan sebagai serius.
Pemberian dos penggalak bermula pada 13 Okt tahun lepas dan setakat 1 April, sejumlah 15,813,417 daripada 68,924,040 dos vaksin COVID-19 yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), adalah dos penggalak.
Mengenai laporan AEFI secara keseluruhan, Dr Roshayati berkata sejumlah 26,005 laporan AEFI vaksin COVID-19 dinilai termasuk 1,526 laporan melibatkan penerima dos penggalak dan 264 laporan bagi penerima vaksin kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.
Menurutnya, 93 peratus atau 24,182 daripada AEFI yang dilaporkan adalah bagi kes yang tidak serius dan kesan advers yang paling kerap dilaporkan adalah demam, sakit pada tempat suntikan, sakit kepala, sakit otot dan keletihan yang biasanya akan pulih dalam masa satu hingga dua hari.
Beliau berkata daripada jumlah keseluruhan laporan AEFI yang diterima, terdapat 1,823 laporan yang dikategorikan sebagai AEFI serius berdasarkan klasifikasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ia merujuk kepada kesan yang menyebabkan kemasukan ke dalam wad atau pemanjangan tempoh di wad, membahayakan nyawa, menyebabkan kehilangan upaya yang signifikan atau memerlukan intervensi untuk mencegah kerosakan kekal tubuh, menyebabkan kecacatan semasa lahir atau disyaki menyebabkan kematian.
Beliau berkata jumlah laporan AEFI serius yang diterima itu termasuk 609 laporan yang melibatkan kematian dalam kalangan penerima vaksin COVID-19.
"Sebanyak 460 laporan telah selesai penyiasatan dan penilaian oleh JFK iaitu tiada kes kematian dilaporkan mempunyai hubung kait secara langsung dengan vaksin yang diterima manakala 149 laporan masih dalam proses penyiasatan sebelum dinilai oleh JFK," katanya.
Mengenai laporan AEFI dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, Dr Roshayati berkata setakat ini sejumlah 264 laporan AEFI telah dilaporkan melibatkan golongan tersebut.
Daripada 264 laporan AEFI yang dilaporkan bagi golongan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun itu, 15 laporan dikategorikan sebagai AEFI serius dan majoritinya adalah kesan tidak serius.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022
Dr Roshayati berkata sebanyak 131 kes atau 8.6 peratus daripada 1,526 laporan AEFI bagi dos penggalak vaksin COVID-19 yang dilaporkan hingga 1 April diklasifikasikan sebagai serius. - Gambar hiasan
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.
Hanya 4 kes AEFI serius babit kanak-kanak di Perak
Bagi remaja pula, sebanyak 23 kes dicatatkan dalam tempoh yang sama.
Hanya 31 kes AEFI penerima vaksin COVID-19 kanak-kanak setakat ini
Jumlah itu merupakan daripada keseluruhan 1.76 juta atau 49.8 peratus kanak-kanak yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 sehingga 2 Ogos lepas.
AEFI: JFK dapati tiada hubung kait kematian dengan dos penggalak
Penilaian terhadap 25 laporan yang telah lengkap penyiasatan dan mendapati kes-kes kematian terlibat tiada hubung kait dengan vaksin dos penggalak COVID-19 yang diterima.
25 laporan AEFI libat kematian tiada kaitan dengan dos penggalak
25 laporan itu adalah daripada 56 laporan AEFI melibatkan kematian dalam kalangan penerima vaksin dos penggalak yang diterima NPRA bagi dilakukan penyiasatan dan penilaian.
Majoriti AEFI golongan kanak-kanak tidak serius - NPRA
Majoriti atau 97 peratus daripada 207 laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) vaksin COVID-19 bagi golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang diterima tidak melibatkan kesan serius.
451 laporan AEFI selesai disiasat dan dinilai, tiada kes kematian hubung kait dengan vaksin
156 laporan lagi masih dalam proses penyiasatan sebelum dinilai oleh Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin COVID-19 (JFK).
Hanya dua dalam sejuta kanak-kanak alami anafilaksis selepas vaksin - Dr Musa
Beliau berkata demikian berikutan terdapat segelintir ibu bapa bimbang dengan risiko implikasi daripada kedua-dua jenis vaksin berkenaan.
AEFI: 22 daripada 45 laporan kematian tiada kaitan dos penggalak
Rumusan terhadap 22 kematian itu telah dinilai Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin COVID-19 (JFK) manakala 23 laporan kematian lagi sedang dalam proses untuk dilengkapkan.
Lapor, dapatkan rawatan jika alami kesan serius vaksin - KP Kesihatan
Penerima vaksin COVID-19 yang mengalami kesan sampingan serius atau berpanjangan dinasihat merujuk kepada fasiliti kesihatan berhampiran dan mendapatkan rawatan segera.