KUALA LUMPUR: Seramai 25 murid sekolah di seluruh Malaysia dipilih sebagai pemenang Peraduan Haiku Kanak-Kanak Sedunia ke-17 2021-2022 Bab Malaysia.
Pemenang terdiri lima penerima hadiah utama JAL dan 20 hadiah JAL, dipilih daripada 307 kanak-kanak Malaysia berumur 15 tahun dan ke bawah dari 17 sekolah di seluruh negara yang telah menghantar Haiku dalam Bahasa Malaysia bertemakan "Bandar" dengan karya seni lukisan tangan yang kreatif.
Mereka membawa pulang sijil, pingat dan cenderamata kenang-kenangan daripada JAL Foundation dan Japan Airlines Kuala Lumpur.
Bercakap pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di kediamannya di sini pada Khamis, Duta Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko berharap peraduan itu akan mencetuskan minat dalam kalangan pemenang muda terhadap budaya Jepun dan menjalin persefahaman berpanjangan antara rakyat kedua-dua negara.
"Satu daripada tugas penting sebagai Duta ke Malaysia adalah untuk menggalakkan rakan-rakan Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Jepun.
"Saya gembira jika anda semakin berminat terhadap Jepun menerusi kemenangan dalam Peraduan Haiku kali ini. Saya akan lebih gembira jika anda mula belajar bahasa Jepun, contohnya, mula menghadiri sesi seni mempertahan diri Jepun, menonton lebih banyak anime Jepun atau mula melakukan apa sahaja yang berkaitan dengan Jepun. Saya juga berharap anda akan melawat Jepun suatu hari nanti," kata beliau.
Duta itu berkata rakyat Malaysia juga boleh melihat Jepun sebagai pilihan yang baik untuk melanjutkan pengajian pada masa hadapan melalui Dasar Pandang Ke Timur Malaysia atau program Biasiswa Kerajaan Jepun.
Dimulakan pada 1990, Peraduan Haiku Kanak-Kanak Sedunia diadakan dua kali setahun anjuran JAL Foundation.
Edisi ke-17 peraduan yang berlangsung dari 1 Nov 2021 hingga 28 Feb 2022, disertai 17,699 kanak-kanak dari 49 negara dan wilayah di seluruh dunia.
Penganjurannya di Malaysia juga sebagai mengisi acara sempena meraikan Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur.
Peraduan Haiku Bab Malaysia dianjurkan JAL Corporation dan ditaja Japan Airlines Kuala Lumpur serta mendapat sokongan Kementerian Pendidikan, Kedutaan Jepun di Malaysia dan Japan Foundation.
Turut hadir pada majlis itu Naib Presiden dan Pengurus Serantau Japan Airlines Malaysia Sakaguchi Tomohiro dan Ketua Pusat Penyelidikan Malaysia-Jepun di Universiti Malaya Dr Jamila Mohd yang juga hakim pertandingan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022

Majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di kediaman Duta Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko. - Foto Twitter/@Amb_Takahashi

Mustafa Centre dari Singapura bakal buka gedung pertama di Johor Bahru
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.

Wushu hanya sasar satu pingat emas di Sukan SEA Kemboja
Sasaran rendah ditetapkan kerana WFA memperkenalkan format baharu pertandingan yang lebih mencabar.

3 terkorban dalam gempa bumi kuat di Iran
Media turut melaporkan salji tebal di beberapa kawasan terjejas, dengan suhu sejuk serta gangguan bekalan elektrik memburukkan lagi keadaan.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Skuad Gergasi Merah akan terbang ke negara jiran itu dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari depan.

AR Rahman tampil dengan konsert memukau di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penyanyi itu memukau penonton dengan lagu hitnya yang dihasilkannya untuk filem Slumdog Millionaire, yakni 'Jai Ho' dan 'Oh Sayo'.

Pembersihan UMNO: Pemecatan ahli langgar disiplin parti perkara biasa - Ku Li
Menurutnya, amalan itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana perkara itu turut berlaku dalam parti lain.

Amaran MetMalaysia | Amaran hujan sangat lebat di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga esok. Metmalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan daerah yang terbabit di Pahang adalah Rompin, manakala Johor membabitkan Mersing dan Kota Tinggi.

Aksi tegang Levski Sofia-JDT, perlawanan ditamatkan awal
JDT berjaya mengejutkan pasukan lawan menerusi jaringan pemain import baharu mereka, Juan Muniz, pada minit ke-24.

Alami pengalaman menakjubkan di Astro Experience Store
Premis baharu itu menawarkan pelanggan pengalaman luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan disediakan Astro.

Lapan maut kapal karam di perairan Jepun
Lapan orang termasuk enam warga China maut selepas sebuah kapal karam di perairan pantai Jepun, Selasa lalu.

Setiausaha Agung NATO bakal adakan lawatan ke Korea Selatan dan Jepun
Setiausaha agung itu akan bertemu Menteri Luar Park Jin, Menteri Pertahanan Lee Jong Sup dan pegawai kanan yang lain.

AirAsia X kembali ke Osaka
Penerbangan sulungnya berlepas dari Kuala Lumpur pada 11.45 malam semalam dan tiba di Osaka pada 7.15 pagi hari ini.

Jepun umum langkah keluar dari pandemik COVID-19
Jepun mengumumkan rancangan persediaan untuk keluar dari kemelut COVID-19 dan menurunkan status sah jangkitan virus itu agar setara dengan influenza bermusim pada musim bunga.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Yamaguchi juara Terbuka Malaysia 2023, tamat penantian 55 tahun Jepun
Akane Yamaguchi menamatkan penantian 55 tahun Jepun untuk meraih kembali gelaran juara perseorangan wanita di Terbuka Malaysia 2023.

Suspek tembak Shinzo Abe mula didakwa
Hasil penilaian ke atas mental Yamagami menunjukkan dia layak untuk dibicarakan.

Jepun lantik dua Duta Muhibah untuk promosi makanan, budaya pemakanan
Washoku (Masakan Jepun) ditetapkan sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO pada 2013 dan berjaya menarik perhatian seluruh dunia.

Uniqlo naikkan gaji pekerja di Jepun sehingga 40 peratus
Dasar gaji baharu akan dikuatkuasakan kepada pekerja sepenuh masa di ibu pejabat dan kedai di seluruh Jepun mulai awal Mac.

Terbuka Malaysia: Naraoka tewaskan Zii Jia di pusingan pertama
Beliau terpaksa menerima permulaan yang buruk untuk musim 2023, namun berharap akan dapat melakukan yang lebih baik selepas ini.