PENDANG:Seramai 25 individu di Kedah yang dijangkiti COVID-19 di tempat kerja telah menerima bayaran faedah di bawah Skim Bencana Kerja Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim berkata kesemua mereka dibayar sebanyak 90 peratus daripada jumlah gaji masing-masing mengikut jumlah hari mereka dirawat di hospital sehingga mereka disahkan negatif daripada virus berkenaan.
"Seramai 25 pencarum Perkeso ini layak menerima bayaran di bawah skim tersebut setelah siasatan mendapati mereka benar-benar dijangkiti COVID-19 di tempat kerja sahaja dan terdapat satu kes kita tolak berikutan pencarum itu tidak dijangkiti di tempat kerja.
"Selain itu, satu kes lagi dalam siasatan. Kesemua kes ini membabitkan jangkitan daripada Kluster Sungai, Kluster Telaga dan Kluster Tembok yang direkodkan di negeri ini," kepadanya pemberita selepas merasmikan Taklimat Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Perkeso di sini pada Jumaat.
Beliau berkata bagi memastikan bayaran dibuat hanya kepada pencarum yang layak, Perkeso melakukan siasatan terperinci selain turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi mengenal pasti kes jangkitan di tempat kerja.
Sementara itu, Awang berkata Perkeso telah membuat bayaran lebih RM2 juta kepada 597 pencarum yang layak mendapat faedah di bawah SKSPS dengan lebih separuh daripada penerima adalah menerima bayaran Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS).
"Faedah HUS dibayar kepada orang berinsurans bekerja sendiri sepanjang tempoh cuti sakit yang disahkan oleh doktor dan mestilah sekurang-kurangnya empat hari termasuk hari kemalangan," katanya.
Awang yang juga anggota Parlimen Pendang menyarankan golongan yang bekerja sendiri mencarum di bawah skim itu sebagai persediaan perlindungan diri dan keluarga sekiranya ditimpa kecelakaan.
"Kita harap mereka yang bekerja sendiri mengambil manfaat daripada SKSPS ini kerana setakat ini penglibatan mereka masih rendah. Perkeso juga akan mempergiatkan kempen dan promosi bagi menarik lebih ramai individu mencarum dengan SKSPS kerana manfaatnya banyak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 25 2020
Seramai 25 individu di Kedah yang dijangkiti COVID-19 di tempat kerja telah menerima bayaran faedah di bawah Skim Bencana Kerja Perkeso.
1.8 tan dadah jenis syabu dirampas di Filipina
Filipina berjaya merampas sebanyak 1.8 tan dadah jenis methamphetamine atau syabu dan menyifatkan rampasan berkenaan sebagai rekod terbesar dalam memerangi dadah di negara berkenaan.
20 terkoban di Sulawesi Selatan, SAR dihentikan
Operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan tetapi pasukan itu masih berada di sana sekiranya ada lagi laporan orang hilang diterima daripada penduduk tempatan.
Enam terbunuh bot terbalik di Srinagar
Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan bagi mengesan tiga lagi individu.
17 disahkan maut di Oman
Setakat ini sekurang-kurangnya 17 disahkan maut dalam kejadian banjir kilat yang disebabkan hujan lebat sejak Ahad.
Israel lancar 'serangan diplomatik' ke atas Iran
: Israel Katz telah menghubungi 32 negara bagi menyerus mereka untuk mengenakan sekatan terhadap Tehran.
Pelajar Malaysia di Asia Barat selamat, terkawal - KPT
Zambry berkata, para pelajar Malaysia boleh berhubung dengan pejabat Education Malaysia (EM) di Jordan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan memaklumkan perkembangan terkini mengenai keberadaan mereka.
[TERKINI] Perkhidmatan LRT Kelana Jaya kembali normal 6 pagi Rabu
Susulan gangguan bekalan kuasa yang berlaku di perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya pada petang tadi, pihak Rapid Rail memaklumkan kekerapan LRT akan kembali beroperasi secara normal mulai jam 6.00 pagi esok (Rabu 17 April 2024).
Jadual perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan beroperasi dengan kekerapan
tren 3 minit pada waktu puncak dan 7 minit bagi waktu luar puncak.
Jadual perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan beroperasi dengan kekerapan
tren 3 minit pada waktu puncak dan 7 minit bagi waktu luar puncak.
Tumpuan Rabu - 17 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Projek rumah SASaR Sungai Besi siap lebih 65 peratus - Mohamed Khaled
Projek perumahan bagi program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Sungai Besi sudah mencapai kemajuan sebanyak 65.51 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2025.
Sub kontraktor gagal laksana tugas
Beberapa aspek projek tersebut memerlukan tahap kepakaran tertentu dan ia akan mengambil sedikit masa sebelum memperoleh pengganti baru untuk mengambil alih bahagian projek berkenaan.
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.
SKSSR: Perlu beri peluang kepada suri rumah 55 tahun ke atas - Gerakan
SKSSR) yang mula dilaksanakan pada 1 Disember 2022 perlu turut dibuka kepada golongan wanita berumur 55 hingga 77 tahun.
Perkeso laksana pelarasan kos sara hidup bermula Januari tahun depan
Inisiatif itu adalah lanjutan daripada Kajian Penilaian Aktuari ke-11 dengan mengambil kira keadaan sosial dan ekonomi semasa di Malaysia.