KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan 'kuasa' yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
Beliau berkata bakat pemimpin muda perlu digilap dan bersedia untuk meneruskan perjuangan PKR kerana ramai individu yang mengasaskan parti itu termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta rakan-rakannya semakin berusia dan ada antara mereka sudah uzur.
Anwar berkata generasi muda tidak harus melupakan dasar perjuangan parti selama 25 tahun sejak penubuhan PKR.
"Mereka ini berjuang tanpa habuan, tanpa kedudukan tapi semata-mata demi pengorbanan. Saya harap generasi baharu tidak akan melupakan jasa mereka.
"Sepertimana saya selalu sebut, kuasa itu mampu memukau, kuasa itu suatu yang gemerlapan. Maka ingat tentang asas perjuangan, jangan guna kuasa untuk menimbun harta, jangan guna kuasa untuk hilangkan idealisme bahawa kita pegang amanah untuk melakukan perubahan," katanya ketika berucap pada majlis Sambutan 25 Tahun PKR di Depot Sentul di sini malam ini.
Turut hadir Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Rafizi Ramli, Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Penerangan Fahmi Fadzil, Ketua Wanita Fadhlina Sidek dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abdul Halim.
Anwar juga berkata meskipun PKR 'diserang' dengan pelbagai tohmahan oleh pihak pembangkang namun sebagai parti dalam Kerajaan Perpaduan, ia tetap memperjuang dasar dan hak rakyat.
"Kita lihat umpamanya kempen PRK KKB (Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu), isu ini terus dimainkan. Mana boleh di Malaysia majoriti Islam, perwakilan di Parlimen Islam tapi nak nafikan hak (kaum) Cina, India, Dayak atau Iban, Kadazan untuk tetap diwakili.
"Saya nak beritahu Keadilan (PKR) akan tetap pertahan Perlembagaan serta negara ini supaya aman dan setiap suku kaum mesti dapat perwakilan (hak) yang adil," katanya.
Beliau berkata Kerajaan Perpaduan akan terus mendukung hak Melayu dan Bumiputera secara adil dan tidak akan berganjak dengan serangan berbentuk sentimen perkauman yang sempit.
Menyentuh soal dasar luar, Anwar berkata Kerajaan Malaysia akan mempertahan dasar negara bebas dan merdeka dalam menjalin hubungan dengan negara asing.
"Kita tetap pertahankan dasar bebas dan merdeka... hubungan kita dengan barat, dengan Amerika Syarikat dan Eropah, kita harus perkukuhkan... dan hubungan (kita) termasuk dengan China, Jepun dan Korea Selatan harus terus dipertingkat serta jiran-jiran yang penting dalam ASEAN," katanya.
Beliau berkata ini termasuk konflik di Gaza, Palestin yang menyaksikan kerajaan Malaysia komited dan tegas memperjuangkan isu itu di mata dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024

Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Sambutan 25 Tahun Keadilan di Sentul Depot malam ini. - Foto BERNAMA

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.
Perkembangan Sidang Dewan Rakyat
Untuk mengetahui apa yang hangat di parlimen hari ini, terus bersama rakan setugas Umavathi Ramayah.

Makin tua ikon bola sepak Jepun, Hidetoshi Nakata makin bergaya
Kini berusia 48 tahun, Nakata kelihatan tetap segak tetapi dengan gaya rambut berbeza.

Adobe lancar langganan AI generatif 'Firefly'
Generate Video Beta menjana video 1080P sepanjang lima saat berdasarkan prom atau gambar statik.

Lima sekeluarga rentung: Jiran terdengar jeritan kuat minta tolong
Ketika terjaga daripada tidur dan mahu minum air, Ab Kahar terdengar bunyi bising meminta tolong dan bunyi berlari dari rumah jirannya.

KDNK Malaysia bagi 2024 diunjur cecah 5.1 peratus, kekal positif - HLIB
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal positif pada paras 5.1 peratus bagi tahun ke tahun pada 2024, kata Hong Leong Investment Bank.
Soal miskin bandar, perumahan rakyat kita bagi keutamaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Madani mengutamakan masalah miskin bandar dan perumahan rakyat. RM285 juta dibelanjakan untuk kemudahan asas di PPR.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Ringkas: Kebebasan perhimpunan aman di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kick-Off Perpaduan semai nilai kebersamaan
Program Kick Off Perpaduan 2025 menjadi wadah untuk menyemai keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini menerusi sukan bola sepak.
Lebih bermanfaat, ia juga menjadi platform mengumpul dana bagi membangunkan semula Gaza, Palestin dengan berjaya meraih kutipan sekitar RM14,700.
Lebih bermanfaat, ia juga menjadi platform mengumpul dana bagi membangunkan semula Gaza, Palestin dengan berjaya meraih kutipan sekitar RM14,700.
Sara Duterte berdepan dakwaan ancaman, hasutan
Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) Filipina pada Rabu memfailkan tuduhan ancaman serius dan menghasut terhadap Naib Presiden Sara Duterte di Jabatan Kehakiman (DOJ).

25 Tahun PKR: Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan 'kuasa' yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.