KUALA LUMPUR:Hari ke-302 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hari ke 218 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam menyaksikan 253 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKP.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 252 orang telah dikompaun manakala seorang direman.
"Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (115), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (88), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (23), aktiviti pusat hiburan (16) dan gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (11)," katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Seramai 18 pendatang asing tanpa izin juga ditahan dalam Operasi Benteng yang dilakukan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM).
Berhubung pelaksanaan hari pertama PKP hari ini di Kuala Lumpur dan lima lagi negeri, beliau menggesa orang ramai agar tetap dengan kawalan kendiri dan mematuhi SOP.
"Sejajar dengan pelaksanaan perintah itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan diri, mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), sentiasa mengamalkan kawalan kendiri serta mengikuti arahan dikeluarkan pihak berkuasa," katanya lagi.
Madiha Abdullah
Wed Jan 13 2021

Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu, 252 orang telah dikompaun manakala seorang direman. - Bernama

COVID-19 | Kuarantin pesakit COVID-19 di rumah, langkah terbaik?

PERMAI | Pemandu teksi bersyukur terima one-off RM500
Pemberian secara ''one-off" sebanyak RM500 kepada pemandu teksi disambut dengan kegembiraan dan rasa syukur lebih 100 pemandu teksi di Kedah. Rata-rata golongan B40 ini dapat menarik helah kelegaan dengan pemberian oleh kerajaan ini sedikit sebanyak meringankan beban berdepan impak COVID-19.

PERMAI | Subsidi ujian COVID-19, PPE kepada klinik swasta
Menerusi subsidi tersebut, Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) Dr Suhaily Mohd Hairon berkata, harga ujian saringan COVID-19 dapat dikurangkan sekali gus mampu menggalakkan lebih ramai individu untuk melakukan ujian saringan berkenaan.

Hasil siasatan awal nahas Sriwijaya Air diumum Februari ini
Laporan awal hasil siasatan pesawat Sriwijaya Air yang terhempas 9 Jan lepas, dijangka diumumkan Febuari ini.

Harimau Malaya boleh adakan kem latihan pusat secara kuarantin - KBS
Skuad Harimau Malaya boleh menarik lafas lega apabila KBS membenarkan mereka mengadakan latihan pusat menggunakan pendekatan kuarantin di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.

COVID-19 | Kisah Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Halimah Sadique sah positif COVID-19
Halimah akan menjalani rawatan dan tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh KKM di Johor Bahru.

Letupan lombong di China: Bekalan makanan, ubatan berjaya disalurkan
Operasi menyelamat 22 pekerja yang terperangkap selepas kejadian letupan sebuah lombong emas di China diteruskan pada Selasa.

PKP 2.0: Awas! Jangan ingat musim hujan tiada sekatan jalan raya - Polis Sabah
Polis tidak berkompromi kepada mana-mana individu yang didapati cuba mengambil kesempatan merentas daerah tanpa kebenaran ketika musim hujan dan banjir di negeri ini.

Gempa bumi 6.8 magnitud landa Argentina
Gempa bumi berskala 6.8 magnitud serta beberapa gempa susulan melanda barat dan tengah Argentina, pada Isnin.

PKP di Port Dickson, Seremban antara 5 tumpuan utama kenyataan media Ismail Sabri
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin (18 Januari 2021).

PKPD Kampung Timbang Dayang, Kota Belud ditamatkan
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan tersebut diambil berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

PKP 2.0 di Seremban, Port Dickson bermula esok
Keputusan itu dibuat atas nasihat dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) susulan terdapat peningkatan kes COVID-19 yang sangat tinggi dan mendadak dalam tempoh 14 hari yang lalu.

PKP 2.0: Lebih ramai peniaga dijangka gulung tikar jika had operasi hingga 8 malam sahaja
Itu realiti yang dialami rata-rata peniaga di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua apabila hasil jualan terus merosot sehingga 70 peratus.

66 individu cuba rentas negeri, 11 premis hiburan dikompaun - Ismail Sabri
Seramai 66 individu cuba merentas negeri dan daerah antara yang dikenakan kompaun oleh Polis Diraja Malaysia pada Sabtu.

Sindiket masih degil, 17 PATI, 2 tekong ditahan dalam Op Benteng
Seramai 17 pendatang tanpa izin (PATI) dan dua tekong berjaya ditahan dalam Operasi Benteng dijalankan di sempadan negara pada Sabtu.

472 termasuk 32 individu cuba rentas negeri, daerah ditahan ingkar PKP
Seramai 32 daripada mereka yang dikompaun melakukan kesalahan cuba merentas negeri dan daerah tanpa kebenaran.

Institusi pendidikan di Kelantan, Sibu perlu ikut ketetapan operasi kawasan PKP - KPM
Semua institusi pendidikan di bawah KPM di Kelantan dan Sibu di Sarawak perlu mengikut ketetapan pengoperasian di kawasan PKP.

IPT, sekolah tidak boleh arah pelajar jalani ujian swab - Ismail Sabri
Ujian swab boleh diarahkan kepada mana-mana individu yang mempunyai gejala sahaja.

Kedai gunting rambut belum dibuka, pelajar boleh ke sekolah berambut panjang
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebarang arahan baharu akan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas dua minggu.