KUALA LUMPUR: Sebanyak 261 lagi kes baharu COVID-19 melibatkan varian yang membimbangkan (VOC) dikesan di negara ini dengan varian Delta mencatatkan angka tertinggi iaitu 259 kes jangkitan dari 20 Okt hingga 28 Okt.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata selain Delta, satu lagi varian VOC dikesan adalah Beta yang merekodkan dua kes.
Katanya varian-varian kes ini dikesan hasil kajian berterusan oleh Institut PenyeIidikan Perubatan (IMR), Fakulti Perubatan (FOM-UM), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM), Institut Genom Malaysia (MGI) dan Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC-UM).
"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Varian Yang Perlu Mendapat Perhatian (VOI) adalah sebanyak 2,645 kes.
"Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 2,625 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.
Dr Noor Hisham berkata secara keseluruhan, sehingga kini terdapat 2,385 kes varian Delta, 226 kes varian Beta dan 14 kes varian Aplha berada dalam kategori VOC.
Bagi VOI pula terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 28 2021
Dr Noor Hisham berkata secara keseluruhan, sehingga kini terdapat 2,385 kes varian Delta, 226 kes varian Beta dan 14 kes varian Aplha berada dalam kategori VOC. - Gambar fail
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Current climate change has left a significant impact on the health of the planet. Therefore, global at this time gives special focus on energy transition efforts. Head of Centre for Energy and Materials; Member of the Executive Committee, World Economic Forum, Roberto Bocca shares on this at the World Economic Forum from Riyadh, Saudi Arabia.
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
COVID-19: 1,047 kes baharu varian Delta dikesan dari 29 Okt hingga hari ini - KP Kesihatan
Sebanyak 1,047 kes baharu yang membabitkan varian yang membimbangkan (VOC) iaitu varian Delta dikesan dari tempoh 29 Okt hingga hari ini.
261 lagi kes baharu varian membimbangkan dikesan dalam negara
Sebanyak 261 lagi kes baharu COVID-19 melibatkan varian yang membimbangkan (VOC) dikesan di negara ini dengan varian Delta mencatatkan angka tertinggi.
KKM kesan 134 kes baharu varian membimbangkan
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 134 lagi kes baharu kesemuanya melibatkan varian yang membimbangkan (VOC) virus SARS-CoV-2 bagi tempoh 7 hingga 19 Okt.
COVID-19: Wanita tidak divaksinasi maut dijangkiti dua varian berbeza
Wanita yang tinggal sendirian dan menerima penjagaan di rumah itu dimasukkan ke Hospital OLV di bandar Aalst, Belgium, selepas rebah sebelum disahkan positif COVID-19.
19 kes Varian Membimbangkan COVID-19 dikesan dalam tempoh 12 hari - KP Kesihatan
KKM mengesan 19 kes Varian yang Membimbangkan (VOC) COVID-19 melibatkan empat kes varian Delta (B.1.617.2) dan 15 kes varian Beta (B.1.351).
Varian baharu COVID-19 menular di beberapa negeri, masyarakat perlu terus patuh SOP
Setakat ini, terdapat tiga varian yang membimbangkan di negara ini iaitu 62 kes varian Afrika Selatan, lapan kes bagi varian UK, dan dua kes varian India.