awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

264,584 individu sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 - Dr Adham

Astro Awani
Astro Awani
03/04/2021
03:44 MYT
264,584 individu sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 - Dr Adham
Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama, 506,069 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 770,653. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 264,584 individu di dalam negara yang merupakan kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat Jumaat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama, 506,069 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 770,653.
Menerusi satu infografik yang dikongsikan di akaun Twitter rasminya pada Jumaat, Dr Adham berkata, Selangor kekal sebagai negeri tertinggi menerima suntikan dos pertama vaksin iaitu 71,389, diikuti Sarawak (50,482 dan Perak (50,307).
Jumlah pemberian dos vaksin COVID-19 setakat 2 April 2021. Dos pertama : 506,069 Dos kedua : 264,584 Dan jumlah pendaftaran setakat 2 April 2021- 7,769,449 Daftar segera di: 1. MySejahtera 2. https://t.co/wG1cxgamoD 3. Hotline 1800888828#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/4ggipQERmH
— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) April 3, 2021
Sabah pula merekodkan sebanyak 46,202, Kuala Lumpur (44,925), Johor (40,008), Pahang (34,109), Pulau Pinang (33,561), Kedah (30,536), Negeri Sembilan (24,867), Terengganu (24,516), Kelantan (22,680), Melaka (14,525), Perlis (9,855), Putrajaya (5,420) dan Labuan (2,607).
Sementara itu, jumlah pendaftaran untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah seramai 7.76 juta atau 32 peratus dengan Selangor merekodkan angka tertinggi iaitu 2.12 juta pendaftaran.
Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April ini akan melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.
Program akan diteruskan bagi fasa kedua yang dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini melibatkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi, selain orang kurang upaya.
Sementara fasa ketiga yang dijadualkan bermula Mei hingga Februari 2022 adalah untuk kumpulan individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#vaksin
#Adham Baba
#infografik
#Twitter
#dua dos suntikan vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan