SHAH ALAM : Polis melumpuhkan sindiket pengedaran dadah yang aktif di Lembah Klang sejak awal tahun ini dengan merampas lebih 266 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis yang kesemuanya bernilai RM14.5 juta, dalam dua serbuan berasingan, minggu ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, berdasarkan siasatan, bekalan dadah yang dirampas itu dipercayai mampu menampung 2.04 juta penagih berdasarkan kegunaan harian.
Menurut beliau, heroin yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada 1.87 juta penagih sehari berdasarkan lima gram penggunaan harian sementara 170 kg syabu memapu diedarkan kepada 170,000 penagih berdasarkan penggunaan harian sebanyak satu gram.
Katanya, kejayaan itu adalah hasil penahanan lapan lelaki warga tempatan berusia 24 hingga 45 tahun pada 17 dan 18 Mei lalu.
Arjunaidi berkata, dalam serbuan pertama di sebuah kondominium di bandar Kinrara, Puchong, polis memberkas seorang lelaki yang berada dalam sebuah kereta Perodua Myvi kira-kira pukul 1.20 petang, Isnin lalu.
"Hasil pemeriksaan dalam kereta, kita merampas sebuah kotak yang mengandungi 10 bungkusan plastik mengandungi syabu seberat 10.3 kg syabu dan 14 bungkusan dadah heroin anggaran berat 6.3 kg.
"Seterusnya, dengan dipandu arah oleh suspek, polis melakukan serbuan di sebuah unit kondominium di tingkat 14 dan merampas satu beg pastik berisi 27 bungkusan mengandungi dadah jenis syabu (29.2 kg) dan empat beg plastik mengandungi 129 paket bungkusan dipercayai heroin (84.51 kg)," katanya dalam sidang media secara dalam talian, di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Arjunaidi berkata, dalam serbuan ke atas sebuah lagi rumah teres di Bandar Kinrara pada hari sama, polis merampas sejumlah dadah iaitu 524 biji pil ekstasi (144 gram), ganja (1.45 gram), syabu (2.32 gram) dan wang tunai sejumlah RM1.08 juta dipercayai hasil jualan aktiviti dadah.
Menurutnya, dalam serbuan ini, polis menahan enam lelaki berusia 24 hingga 46 tahun dan kesemua mereka tidak bekerja.
Pemeriksaan juga, kata beliau mendapati, kesemua mereka mempunyai rekod lampau membabitkan dadah dan ujian saringan air kencing mendapati hanya seorang daripada mereka yang positif dadah.
"Jumlah keseluruhan nilai rampasan dadah dalam serbuan ini adalah RM3.42 juta ddengan nilai sitaan hampir RM1.34 juta," jelasnya.
Sementara itu, dalam serbuan kedua di Seri Kembangan, polis menahan dua lagi lelaki tempatan yang berusia 25 dan 41 tahun.
Hasil penahanan katanya, polis merampas 148 ketulan disyaki heroin base (56.24 kg) dan syabu (130.54 kg) yang kesemuanya bernilai RM11.09 juta.
"Hasil ujian kencing yang dilakukan ke atas kedua-dua suspek adalah negatif," jelasnya.
Beliau menjelaskan, siasatan mendapati kesemua dadah itu adalah sebagai bekalan kepada pengedar Lembah Klang.
Arjunaidi memberitahu, mereka ditahan reman antara dua dan tujuh hari bermula 18 Mei lalu.
Umavathi Ramayah
Fri May 21 2021
Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, berdasarkan siasatan, bekalan dadah yang dirampas itu dipercayai mampu menampung 2.04 juta penagih berdasarkan kegunaan harian. - Gambar IPK Selangor
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Sultan Nazrin lancar buku berkaitan sejarah PDRM pertahan keamanan negara
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, hari ini berkenan melancarkan buku yang memaparkan sejarah dan pencapaian Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Kertas siasatan pensyarah didakwa hina Nabi dirujuk ke AGC Selasa ini - KPN
Kertas siasatan berhubung kes seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi etika berceramah baru-baru ini, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada Selasa.
Pensyarah didakwa hina Nabi sudah direkod keterangan - KPN
Seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini sudah direkodkan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada Isnin.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
GISB: Lebih 30 lagi tahanan SOSMA masih disiasat - KPN
Polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap lebih 30 lagi individu dikaitkan dengan GISBH yang ditahan mengikut SOSMA.
Op Global: Polis akan mohon sambung reman 24 ahli GISB termasuk CEO - KPN
Polis akan memohon lanjutan reman terhadap 24 pemimpin GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, yang dijadual tamat esok.
Op Global: 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISB dibeku - KPN
Sebanyak 206 akaun berkait Global Ikhwan Services and Business (GISB) yang melibatkan nilai lebih RM1.35 juta dibekukan, setakat ini.
Op Global: 127 ahli GISB ditahan, 34 individu di bawah Akta SOSMA - KPN
Seramai 127 individu dipercayai ahli Global Ikhwan Services and Business (GISB) ditahan polis setakat ini menerusi Op Global.
Taman Angkat terbukti bantu polis cegah jenayah - Ravindar Singh
Program Rakan Kolaborasi Taman Angkat dengan kerjasama rakan kolaborasi dan masyarakat dilihat membantu polis dalam mengekang jenayah.