awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan

Bernama
Bernama
15/12/2024
13:53 MYT
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah memuji pembaharuan ekonomi Malaysia terutamanya pengenalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023 dan kejayaan pelaksanaan pembaharuan subsidi elektrik dan diesel.
IMF dalam satu kenyataan hari ini berkata ia turut menekankan keperluan untuk mempercepatkan pembaharuan ini bagi mewujudkan ekonomi yang lebih inklusif dan berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan global.
“Prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
"Pelan pembaharuan struktur kerajaan di bawah Rangka Kerja Ekonomi MADANI difokuskan dengan sewajarnya," katanya.
IMF berkata pandangannya adalah berdasarkan penemuan awal pasukannya selepas mengadakan lawatan ke Malaysia baru-baru ini.
FRA adalah pencapaian penting bagi pengurusan dan tadbir urus fiskal, menunjukkan bahawa dalam menghadapi persekitaran global yang semakin tidak menentu terdapat keperluan untuk membina semula penampan fiskal, menambah potensi pertumbuhan dan mengukuhkan perlindungan sosial, pada masa sama mengekalkan kestabilan makroekonomi dan kewangan .
Bagi pertumbuhan ekonomi, IMF menyatakan bahawa prestasi ekonomi Malaysia telah meningkat dengan ketara pada 2024, disokong oleh permintaan dalam dan luar negeri yang kukuh.
Bagaimanapun, pertumbuhan diunjurkan menyederhan daripada 5.0 peratus pada 2024 kepada 4.7 peratus pada 2025, mencerminkan pertumbuhan pelaburan yang sederhana dan ketidaktentuan global yang semakin meningkat.
“Risiko kepada penurunan pertumbuhan yang dijangka terutamanya disebabkan oleh prospek global yang tidak menentu termasuk risiko luaran daripada faktor geoekonomi.
"Sementara itu, risiko peningkatan mungkin timbul daripada pelaksanaan projek pelaburan besar yang lebih pantas daripada jangkaan di Malaysia," tambahnya.
IMF juga berkata pendirian dasar monetari neutral semasa adalah wajar dan sektor kewangan Malaysia kekal kukuh dengan kedudukan modal dan mudah tunai bank yang kukuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IMF
#pembaharuan ekonomi
#Malaysia
#ketidaktentuan global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan