awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

27 individu ditahan dalam Op Cegah Jenayah Khas di Ipoh

Bernama
Bernama
28/11/2021
10:24 MYT
27 individu ditahan dalam Op Cegah Jenayah Khas di Ipoh
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata seramai 20 orang ditahan atas kesalahan jenayah narkotik, serta kesalahan jenayah (5 orang) dan lain-lain kesalahan (2 orang). - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Seramai 27 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Op Cegah Jenayah Khas selama kira-kira empat jam di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata seramai 20 orang ditahan atas kesalahan jenayah narkotik, serta kesalahan jenayah (5 orang) dan lain-lain kesalahan (2 orang), hasil daripada pemeriksaan terhadap 1,712 individu sepanjang operasi tersebut.
"Sebanyak 2,480 kenderaan telah diperiksa dan 66 saman dikeluarkan atas kesalahan trafik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata operasi itu membabitkan seramai 770 pegawai polis dengan dibantu 17 pegawai dari Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Mior Faridalthrash berkata operasi itu dijalankan, berikutan terdapat aduan daripada orang awam yang mengatakan kegusaran berkenaan peningkatan kes-kes jenayah di kawasan perumahan dan kawasan perniagaan mereka.
"Pihak polis juga menggunakan pendekatan 'omnipresence' terutamanya di kawasan tumpuan orang ramai, bagi melahirkan rasa selamat di kalangan masyarakat setempat.
"Orang ramai juga boleh memberikan kerjasama dengan berkongsi maklumat kepada pihak polis sekiranya terdapat kejadian jenayah yang berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Cegah Jenayah Khas
#Ipoh
#ditahan
#jenayah
#Mior Faridalathrash Wahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan