awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

27 tan tulang ikan tuna sejuk beku dari China dirampas Maqis Pulau Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
29/10/2021
06:43 MYT
27 tan tulang ikan tuna sejuk beku dari China dirampas Maqis Pulau Pinang
Rampasan bernilai RM362,630 itu ditahan berikutan komoditi yang dibawa masuk adalah berbeza dengan komoditi yang diisytihar pada Permit Import yang dikeluarkan daripada Jabatan Maqis. - Maqis P. Pinang
BUTTERWORTH: Cubaan membawa masuk 27 tan tulang ikan tuna sejuk beku dari China ke negara ini gagal selepas barang dagangan itu dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang.
Rampasan dibuat dalam pemeriksaan di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) pada Selasa lepas.
Menurut kenyataan Maqis, rampasan bernilai RM362,630 itu ditahan berikutan komoditi yang dibawa masuk adalah berbeza dengan komoditi yang diisytihar pada Permit Import yang dikeluarkan daripada Jabatan Maqis.
Jelasnya, pengikraran maklumat yang berbeza serta mengelirukan pada permit import Maqis merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) iaitu mana-mana orang yang memberikan maklumat yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan keluaran pertanian adalah menjadi suatu kesalahan.
"Oleh itu, pihak Maqis menahan kesemua dagangan berkenaan untuk tindakan lanjut.
"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduanya sekali," katanya
Dalam pada itu, Maqis berkata pihaknya komited dalam melakukan pemeriksaan di semua pintu masuk negara bagi memastikan keluaran pertanian, perikanan dan haiwan yang masuk ke dalam negara mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi menjamin kualiti serta selamat untuk dimakan oleh rakyat Malaysia.
Topic Berkaitan
#tulang ikan tuna
#maqis
#China
#seludup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan