awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 8 hingga 14 Jan
Gelombang haba landa selatan Australia, cetus amaran kebakaran belukar
China perketat peraturan e-dagang penstriman langsung, platform perdagangan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

28 kilang Top Glove di Klang diarah tutup berperingkat

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
23/11/2020
09:27 MYT
28 kilang Top Glove di Klang diarah tutup berperingkat
Kerajaan bersetuju agar 28 kilang berhampiran kilang Top Glove di Kapar, Selangor ditutup secara berperingkat susulan peningkatan kes positif COVID-19 di lokaliti berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan bersetuju agar 28 kilang Top Glove di Kapar, Selangor ditutup secara berperingkat susulan peningkatan kes positif COVID-19 di lokaliti berkenaan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bagi membolehkan pekerja menjalani ujian saringan COVID-19 dan proses kuarantin.
"Dalam Sidang Khas hari ini, KKM memaklumkan, berlaku peningkatan ketara kes positif di kalangan pekerja. Saya difahamkan hari ini sahaja 1,067 kes di kalangan pekerja Top Glove. Malah sehingga 23 November, 5,794 ujian saringan dan 1,889 kes positif direkodkan.
"Jadi atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, Sidang Khas hari ini bersetuju 28 kilang Top Glove di kawasan tersebut di Kapar, Selangor ditutup secara berperingkat bagi membolehkan para pekerja menjalani ujian dan proses kuarantin," katanya dalam sidang media mengenai PKPB di sini pada Isnin.
Katanya lagi, pelaksanaan penutupan kilang itu diselaraskan dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Negeri Selangor dan pengurusan pihak Top Glove.
Sebelum ini, PKPD selama 14 hari dikuatkuasakan di asrama pekerja asing Top Glove, bermula 17 November 30 November 2020.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#PKP
#PKPB
#PKPD
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan