awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Polis siasat dakwaan Ah Long bakar rumah di Tasek Gelugor
MALAYSIA
JPJ, APAD diarah tingkat pemantauan terhadap pesalah trafik berulang - Loke
MALAYSIA
Program Al-Falah MADANI 2025 di Kuantan bermula esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

28 lelaki didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng 08 GST'

Bernama
Bernama
19/07/2022
10:11 MYT
Sponsor Banner
28 lelaki didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng 08 GST'
Seramai 28 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai Geng 08 GST. - Foto BERNAMA
KUALA KUBU BHARU: Seramai 28 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai 'Geng 08 GST.'
Mereka ialah P.Thanasegaran, 46, K.Saravanak Kumar, 36, S.Selvamogan, 44, N.Yogeswaran, 41, N.Ganesan, 43, R.Raja Kumar, 39, Aziz Latip Hasannar, 42, N.Chandran, 37, B.Vinot, 27, K.Selvam, 38, dan P.Tachana Moorthy, 36.
Turut didakwa S.Vekneswaran, 36, M.Saravanan, 40, V.Elengo Van, 36, V.Thinagaran, 28, M.Eswaran, 33, S.Navin ,29, S.Kali Muthu, 44, B.Moganraj, 30, A.Poobalan, 29, N.Vijendran, 37, K.Punitharajan, 26, R.Devandran, 35, R.Vengateswaran, 26, Tan Eng Sun, 22, P.Sathteswaran, 23, G.Gananathan, 23, dan H.Arvind, 24.
Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza kerana mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Tin Mine, Kalumpang, Hulu Selangor di sini antara Januari 2019 hingga 23 Jun lepas mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad, Ahmad Shafiq Hasim, Khairul Azreem Mamat dan Yong Ching Hong manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent, Datuk R.Thinalan, Datuk David Gurupatham, JM Mark, K.Shalvin, Mohd Hanif Hassan, P.S. Doal dan Mujahidah Almukimah Fakhfurazi.
Seramai 28 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai Geng 08 GST. - Foto BERNAMA
Seramai 28 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai Geng 08 GST. - Foto BERNAMA
Pendakwaan tidak menawarkan jaminan manakala pembelaan memohon agar anak guam mereka dilepaskan dengan ikat jamin atas alasan mempunyai tanggungan terhadap keluarga selain berdepan masalah kesihatan yang memerlukan rawatan di hospital.
Mahkamah tidak membenarkan mereka diikat jamin dan menetapkan 22 Ogos untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Kesemua tertuduh dibawa ke mahkamah pada 7.45 pagi dengan menaiki tiga trak polis manakala ahli keluarga mereka yang berada di pekarangan mahkamah seawal 7.30 pagi dikawal rapi oleh pasukan polis bagi tujuan keselamatan.
Selepas prosiding mahkamah berakhir, ada ahli keluarga dilihat menangis sambil memanggil-manggil nama tertuduh apabila mereka dibawa menaiki trak polis untuk dibawa ke Penjara Sungai Buloh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Geng 08 GST
#jenayah terancang
#Hulu Selangor
#kongsi gelap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami