awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

28 rumah di enam kampung rosak dibadai ribut, hujan batu

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/06/2021
16:30 MYT
28 rumah di enam kampung rosak dibadai ribut, hujan batu
Hujan batu beserta angin kencang selama 30 minit mengyebabkan 28 buah rumah di enam kampung di sini mengalami kerosakan. - Foto ihsan APM
SUNGAI PETANI: Hujan batu beserta angin kencang selama 30 minit mengyebabkan 28 buah rumah di enam kampung di sini mengalami kerosakan.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azhar Ahmad berkata, kejadian jam 3 petang Khamis itu turut mengakibatkan beberapa bumbung rumah tercabut diterbangkan angin.
Bagaimanapun, katanya tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
“Kejadian turut mengakibatkan beberapa batang jalan terputus akibat pokok tumbang dan beberapa kenderaan mengalami kerosakan kerana dihempap zink dan pokok.
“Antara kampung terbabit adalah Kampung Padang Buloh, Kampung Banggol, Kampung Padang Mahligai, Kampung Kubang Sapi, Kampung Alor Perun dan Kampung Olak Madu serta Kampung Ekor Lubuk, Sidam Kiri,” katanya dalam satu kenyataan.
Setakat jam 8 malam, pihak APM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti jumlah kerosakan dan nilai kerugian.
Kejadian ribut dan hujan batu ini merupakan kali kedua dalam tempoh seminggu berlaku di Kedah di mana sebelum ini 15 rumah di daerah Padang Terap rosak teruk akibat angin ribut.
Topic Berkaitan
#ribut
#hujan batu
#angin kencang
#Sungai Petani
#APM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan