ALOR SETAR: Seramai 294 majikan di negeri Kedah dikesan melakukan pelbagai kesalahan melibatkan penyediaan penginapan yang sesuai kepada pekerja dalam Operasi Taskforce COVID-19 mulai 1 hingga 24 Feb lalu.
Antara kesalahan yang dilakukan adalah pekerja dipaksa tinggal di ruang sesak dan tidak selesa, selain menempatkan pekerja asing berbeza jantina di dalam bilik penginapan yang sama.
Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kedah, Arzanil Bahadur berkata, kesalahan tersebut dikesan dalam operasi yang dijalankan Pasukan Kerja Pematuhan Penginapan Pekerja Akta 446.
Katanya, pihaknya turut mendapati majoriti majikan gagal mendapat perakuan penginapan pekerja selain tidak pernah membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan perakuan berkenaan.
"Semua kesalahan berkenaan dikesan selepas operasi pemeriksaan terhadap 326 majikan terbabit dilaksanakan di 636 lokasi penginapan di semua daerah di Kedah.
"Tindakan undang-undang akan diambil terhadap majikan yang terlibat dalam memastikan usaha kerajaan membendung penularan pandemik COVID-19 mencapai kejayaan selain memastikan pematuhan kepada akta yang dikuatkuasakan," katanya di sini semalam.
Kata Arzanil, JTK Kedah telah menubuhkan sembilan Pasukan Kerja Pematuhan Penginapan Pekerja Akta 446 yang berperanan memastikan penginapan pekerja memenuhi peraturan mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
Berdasarkan rekod, JTK Kedah juga telah membuka tujuh kertas siasatan dan menerima keizinan untuk tindakan pendakwaan di bawah Seksyen 24D, Sekyen 24J dan Peraturan 3(3) Akta 446.
Jika sabit kesalahan, majikan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya bagi setiap kesalahan.
Abd Hadi Che Awang
Thu Feb 25 2021
Anggota Penguatkuasa JTK Kedah menjalankan Operasi Pematuhan Penginapan Pekerja di salah satu daripada 636 lokasi penginapan di semua daerah di Kedah, 25 Feb, 2021. - Astro AWANI
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Kilang proses ayam diserbu, majikan abai tanggungjawab
Tiada perakuan penginapan, penyata gaji serta membuat potongan gaji secara tidak sah adalah antara kesalahan yang dikesan dalam Operasi Bersepadu Mega Buruh Paksa dan Pemerdagangan Orang (Op Gegar).
Semak JTK sebelum setuju terima tawaran kerja luar negara - Mustapha
Langkah itu penting bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan ejen selain tidak terjebak dengan gejala pemerdagangan manusia.
Op JTK: Majikan gagal sediakan penginapan selesa, tidak mohon perakuan penginapan
Majikan memberi alasan tidak munasabah berkaitan perakuan penginapan dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 24D dan Akta 446.
Majikan gagal sedia penginapan selesa kepada pekerja dikena tindakan
Gagal mematuhi peraturan gaji minimum dan tidak menyediakan tempat tinggal yang selesa antara kesalahan dikesan dalam Operasi Banteras Buruh Paksa dan Pemerdagangan Orang pada Khamis.
JTK dakwa 45 majikan kerana langgar Akta 466
Sebanyak 45 majikan telah didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman denda melibatkan jumlah RM332,000 kerana melanggar Akta 466 setakat ini.
73.9 peratus majikan gagal patuhi Akta 446 - Awang Hashim
Sebanyak 10,961 atau 73.9 peratus majikan dikesan gagal mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dalam pemeriksaan yang dijSebanyak 10,961 atau 73.9 p
294 majikan di Kedah dikesan gagal sediakan penginapan sesuai kepada pekerja
Antara kesalahan yang dilakukan adalah pekerja dipaksa tinggal di ruang sesak dan tidak selesa selain menempatkan pekerja asing berbeza jantina didalam bilik penginapan yang sama.
COVID-19: KKM kecewa asrama pekerja masih sesak
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, meminta Jabatan Tenaga Kerja (JTK) melakukan siasatan secara menyeluruh isu berkenaan di seluruh negara.
Dua lagi penginapan pekerja kilang sarung tangan sesak, tidak dapat perakuan JTK
Dua penginapan pekerja sebuah kilang sarung tangan di lokasi berasingan di Kampung Acheh, Sitiawan, di sini, didapati sesak.
Hanya 25 dari 5,000 majikan mohon perakuan penginapan - JTK NS
Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Sembilan menggesa majikan di negeri ini untuk segera memohon Perakuan Penginapan kerana setakat ini hanya 25 daripada 5,000 majikan membuat permohonan tersebut.