awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 maut, 3 cedera dilanggar pemandu dipercayai mabuk ketika berteduh bawah jambatan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
04/06/2023
08:05 MYT
3 maut, 3 cedera dilanggar pemandu dipercayai mabuk ketika berteduh bawah jambatan
Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala mereka yang cedera termasuk seorang yang parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan. - Gambar/ PDRM
PETALING JAYA: Tiga penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta ketika berteduh di bawah jambatan di Kilometer 19.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala selatan, pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Ambul Hamid berkata, ujian yang dijalankan ke atas pemandu terbabit mendapati tubuhnya mengandungi alkohol melebihi had dibenarkan.
Mengulas lanjut kejadian itu, beliau berkata, tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala mereka yang cedera termasuk seorang yang parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.
Menurutnya, dalam kejadian pukul 5.59 pagi, kesemua mangsa yang berusia 19 hingga 37 tahun itu berhenti berteduh di lorong kecemasan di bawah jambatan berkenaan kerana hujan.
"Siasatan awal mendapati pemandu kereta Honda City Hatchback dalam perjalanan dari ibu negara ke Cyberjaya.
"Setibanya di lokasi kemalangan, kereta yang dipandu suspek hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu terbabas serta melanggar enam lelaki yang sedang berteduh di bawah jambatan kerana hujan," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Katanya, pemandu kereta itu ditahan bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dijalankan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 014-2536820 atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal maut
#berteduh bawah jambatan
#pemandu mabuk
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan