awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 remaja pukul gelandangan diberkas, seorang masih dikesan

Sinar Harian
Sinar Harian
05/06/2023
06:21 MYT
3 remaja pukul gelandangan diberkas, seorang masih dikesan
Tangkap layar rakaman video yang tular di media sosial kejadian sekumpulan individu memukul gelandangan di Klang. -Foto Sinar Harian
KLANG: Tiga remaja lelaki berusia 16 tahun yang dipercayai terlibat kes pukul gelandangan diberkas di sekitar daerah ini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, tangkapan dibuat kira-kira jam 3 pagi oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.
Menurutnya, semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau.
"Polis turut merampas tiga telefon bimbit dan sebuah kereta jenis Proton Wira untuk siasatan lanjut.
"Usaha mengesan seorang lagi suspek masih dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati terdapat tiga kejadian melibatkan tiga mangsa berbeza dan usaha dipergiat untuk mengesan mangsa terbabit.
Katanya, ketiga-tiga remaja itu kini direman tiga hari sehingga Rabu untuk siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
"Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan lanjut. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.
Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan polis mengesan dua rakaman video yang tular di media sosial Twitter memaparkan empat lelaki dipercayai warga tempatan menaiki sebuah kereta memukul seorang gelandangan menggunakan besi pemukul besbol.
Kejadian berlaku di bawah jambatan Pelabuhan Klang berhampiran sebuah pasar raya Lebuh Beringin.
Kaunter Aduan Balai Polis Pelabuhan Klang juga telah menerima laporan daripada seorang wanita tempatan mengenai klip video terbabit di Instagram. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pukul gelandangan
#tiga remaja ditahan
#proton wira
#pemukul besbol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan