Kenyataan Media Ketua Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker:
The 3 Stooges adalah kumpulan lawak dan vaudeville yang popular di Amerika Syarikat pertengahan abad ke-20 yang terkenal dengan gaya komedi slapstick yang brutal dan ekstrim.
Ketiga-tiga mereka mempunyai perwatakan yang berbeda sekali dan suka hina menghina dan mengaibkan satu sama lain.
Moe bersikap dominan, brutal dan super ego. Moe suka mencaci-cela kedua Larry dan Curly. Dia kerap menampar dan menuding jari ke arah mata (eye-poke) kedua-dua Larry dan Curly yang akan menghalang dengan tangan (hand block) secara spontan. Kekadang kedua-dua Larry dan Curly dicederai tetapi Moe selain daripada dicaci-cela tidak pula dicederai langsung.
Dari segi ego, Moe bolehlah dikatakan mempunyai super-ego diikuti oleh Larry dan kemudiannya Curly. Moe jugalah yang paling kejam dan ganas . Di antara mereka bertiga , Curly adalah yang paling baik hati dan kerap berguling-golek di lantai akibat tindakan Moe.
Begitulah cerita “Three Stooges”. Yang menariknya, watak-watak ini ada persamaannya di Malaysia khususnya dalam arena politik yang semakin menghiburkan sekarang.
Dari segi ego Dr. Mahathir Mohamad terkenal dengan super-egonya , Lim Kit Siang pula egoistik dan Anwar Ibrahim lebih peramah , gentleman dan baik hati orangnya.
Dari segi brutaliti, Dr. Mahathir nampaknya lebih brutal, ganas dan zalim sehinggalah beliau diberi panggilan MahaZalim. Orang yang dizaliminya ialah Lim Kit Siang yang dipenjarakan beberapa kali dan dihina dengan panggilan komunis, diktator dan anti-nasional.
Anwar pula dihina dengan tuduhan seksual , dipecat dan dipenjarakan oleh Mahathir. Dalam penjara beliau telah ditampar sehingga matanya berlebam-lebam yang menimbulkan simpati umum serta menjadi trauma negara bahawa ini boleh berlaku pada seorang pemimpin negara yang pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Kelakarnya ialah ketiga-tiga watak ini tidak menyimpan dendam walaupun dihina , dicaci dan dicederai. Inilah keistimewaan mereka. Setelah bertamparan , bergelutan dan tumbuk-menumbuk sehingga kecederaan pada nama, badan dan maruah berdekad-dekad, segala-galanya cumalah satu komedi “slapstick” semata-mata.
Kita sebagai penonton yang mengikuti siri-siri perlawakan mereka tertanya-tanya: Inikah amalan politik negara? Bukankah berpolitik itu seharusnya berlandaskan prinsip dan nilai-nilai kepimpinan dan kenegaraan. Sanggupkah kita menyandarkan pentadbiran dan masa depan negara kita kepada tiga orang pelawak ini yang mempersendakan minda, intelek dan sentimen kita ?
Siapakah Moe Malaysia yang super-ego, kasar dan brutal?
Siapa kah Larry Malaysia yang tidak kurang egonya tetapi tidak dapat menandingi Moe dan terpaksa akur?
Kenyataan Media
Thu Jan 11 2018
Menurut MCA, Ketiga-tiga mereka mempunyai perwatakan yang berbeda sekali dan suka hina menghina dan mengaibkan satu sama lain. - Gambar fail
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.