awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 warga Amerika Latin ditahan bantu siasatan kes penggodaman mesin ATM

Hakim Rahman
Hakim Rahman
23/10/2014
03:18 MYT
3 warga Amerika Latin ditahan bantu siasatan kes penggodaman mesin ATM
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa mengesahkan penahanan terbabit. - Gambar Fail
Tiga lelaki warga Amerika Latin yang dipercayai mempunyai kaitan dengan laporan kes penggodaman 17 mesin pengeluaran wang automatik (ATM) ditahan polis di sebuah hotel di Brickfields.
Kesemua suspek ditahan hasil maklumat pihak berkuasa Thailand yang turut memburu mereka kerana dikatakan turut terbabit dalam beberapa kes rompakan mesin ATM di negara itu.
Mereka ditahan dalam satu serbuan pukul 4 pagi semalam selepas polis mendapat maklumat mereka berjaya melepasi sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada kesemua mereka mempunyai kaitan dengan laporan kes penggodam mesin ATM besar-besaran di negara ini.
Kesemua mereka kini direman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
“Tangkapan terhadap tiga lelaki warga Amerika Latin dibuat berhubung jenayah pecah dan kecurian wang mesin ATM,” katanya.
Baru-baru ini dilaporkan 17 mesin ATM milik empat buah bank digodam melibatkan kerugian RM3.1 juta.
Mesin ATM yang digodam dikatakan menggunakan perisian lama dan memudahkannya untuk dimanipulasi.
Ia dipercayai dilakukan sekumpulan warga Amerika Latin.
Perompak dikatakan hanya menggunakan pemain cakera optik yang berisi virus bagi menggodam mesin ATM dan mengeluarkan wang dalam mesin terbabit.
Topic Berkaitan
#Amerika Latin
#bank
#PDRM
#penggodaman
#polis
#rompak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan