awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

30 kru filem terperangkap dalam Gua Tempurung

Sinar Harian
Sinar Harian
26/10/2022
10:59 MYT
30 kru filem terperangkap dalam Gua Tempurung
Sekurang-kurangnya 30 individu dilaporkan terperangkap dalam Gua Tempurung dekat Kampung Gunung Mesah di sini selepas laluan keluar gua itu dinaiki air disebabkan hujan lebat pada Rabu. - Gambar hiasan media sosial
GOPENG: Sekurang-kurangnya 30 individu dilaporkan terperangkap dalam Gua Tempurung dekat Kampung Gunung Mesah di sini selepas laluan keluar gua itu dinaiki air disebabkan hujan lebat pada Rabu.
Maklumat awal memaklumkan, kesemua mereka merupakan kru penggambaran filem yang sedang menjalankan aktiviti penggambaran di kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, kejadian berlaku disebabkan air naik mendadak di laluan keluar gua berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak jam 3 petang.
"Pihak bomba telah dimaklumkan akan kejadian itu dan pasukan itu bersama polis telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat," katanya.
Sementara itu, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng pada jam 4.04 petang.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#30 kru filem
#terperangkap dalam gua
#Gua Tempurung
#Kampung Gunung Mesah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan