awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

30 minit memeritkan buat remaja perempuan, tangan kiri tersepit dalam mesin proses santan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
28/03/2024
00:20 MYT
30 minit memeritkan buat remaja perempuan, tangan kiri tersepit dalam mesin proses santan
Anggota bomba mengambil masa 15 minit untuk menenangkan mangsa dan berjaya mengeluarkan tangan yang tersepit itu dengan menggunakan peralatan khas. - Gambar ihsan bomba
PENDANG: Seorang remaja perempuan terpaksa menahan kesakitan lebih 30 minit sebelum anggota bomba berjaya mengeluarkan tangannya yang tersepit dalam mesin memproses santan.
Dalam kejadian jam 9.11 malam Rabu itu mangsa berusia 18 tahun dipercayai sedang mengisar kelapa dengan menggunakan mesin itu di rumahnya di Kampung Padang Durian, di sini.
Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Ezzat Emran Ezani berkata, sebaik menerima laporan kejadian sepasukan pegawai dan anggota BBP Pendang bersama jentera dan Unit EMRS telah dihantar le lokasi.
“Setiba di lokasi Ketua Operasi melaporkan terdapat seorang mangsa wanita berusia 18 tahun sedang menahan kesakitan akibat tangan kiri tersepit di dalam mesin memproses santan.
“Anggota mengambil masa 15 minit untuk menenangkan mangsa dan berjaya mengeluarkan tangan yang tersepit itu dengan menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Menurut Muhammad Ezzat Emran mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#tangan tersepit
#mesin proses santan
#tangan remaja perempuan
#30 minit memeritkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan