awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'I LITE U': Penutupan Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang bermula 8 pagi esok
Proses kenal pasti mangsa kebakaran di pusat peranginan Switzerland mungkin ambil masa
Polis siasat insiden lelaki meluru ke arah kereta sedang bergerak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

30 warga asing ditahan dalam perjalanan ke pesisir pantai Sabak Bernam

Bernama
Bernama
16/11/2025
15:10 MYT
30 warga asing ditahan dalam perjalanan ke pesisir pantai Sabak Bernam
Shazeli berkata kes disiasat bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Polis menahan 30 warga asing termasuk sembilan wanita yang dipercayai dalam perjalanan ke kawasan pesisiran pantai di Sabak Bernam pada 12.15 tengah malam semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata pihaknya mengesan sebuah bot kayu pom-pom tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan dan kemudiannya berjaya memintas mereka di kawasan pesisiran Pantai Sungai Pulai sebelum tekong bot itu diarahkan untuk berhenti.
"Hasil tindakan pantas dan bersepadu, polis berjaya menahan 30 warga asing termasuk sembilan wanita berusia lingkungan 21 hingga 49 tahun.
"Turut dirampas dalam operasi berkenaan ialah dua telefon bimbit dipercayai digunakan dalam aktiviti penyeludupan migran," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Shazeli berkata kes disiasat bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#ditahan
#pesisir pantai Sabak Bernam
#Polis Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan